Program Bakti Siswa bersama pelajar UiTM Sg Buluh

Program Bakti Siswa bersama pelajar UiTM Sg Buluh telah berlangsung pada 15 – 17 Mac 2019 bertempat di sekitar Kg. Bt. 16 Dusun Tua. Bermula jam 3.00 petang dan dihadiri oleh Y.B Edry Faizal Bin Eddy Yusof (ADUN Dusun Tua). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 150 orang. Program ini bertujuan untuk mendekatkan penduduk dengan pelajar UiTM disamping melakukan aktiviti khidmat masyarakat yang memberi pulangan faedah kepada penduduk setempat