Tadarus perdana wanita Dun Dusun Tua

Tadarus perdana wanita Dun Dusun Tua telah berlangsung pada 25 Mei 2019 bertempat di Masjid Sg. Serai Hulu Langat. Bermula jam 8.00 pagi dan dihadiri oleh Pn. Noor Azizah (Pengarah Program). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 60 orang. Program ini bertujuan untuk mengumpulkan wanita di Dun Dusun Tua bagi merapatkan lagi silaturrahim dengan bertadarus al-Quran. Program berjalan dengan lancar dengan penyertaan melebihi 50 orang wanita.