Majlis sambutan hari raya Aidilfitri Taman Sri Mas

Majlis sambutan hari raya Aidilfitri Taman Sri Mas pada 22 Jun 2019 jam 9.00 malam di dataran permainan Tmn Sri Mas telah berlangsung pada 22 Jun 2019 bertempat di Dataran permainan Tmn Sri Mas Hulu Langat. Bermula jam 9.00 malam dan dihadiri oleh Y.B Edry Faizal Bin Eddy Yusof (ADUN Dusun Tua). Anggaran penyertaan adalah sebanyak  300 orang.

Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim sesama penduduk taman dan pimpinan setempat. Program dimulai dengan ucapan daripada pengerusi Taman iaitu En Shahrul Nizam dan diikuti oleh ucapan daripada Y.B Adun Dusun Tua.