Program berbasikal amal

Program berbasikal amal telah berlangsung pada 6 Julai 2019 bertempat di Sekolah Kebangsaan Sg. Lui Hulu Langat. Bermula jam 7.00 pagi dan dihadiri oleh YB Ust Hasanuddin Mohd Yunus, Ahli Parlimen Hulu Langat. Anggaran penyertaan adalah sebanyak 200 orang. Program ini bertujuan untuk mengumpulkan dana PIBG Sekolah Kebangsaan Sungai Lui. program disertai oleh peserta-peserta daripada pelbagai tempat. pelbagai acara sampingan turut diadakan. program berjalan dengan lancar dan berakhir kira-kira 2.00 petang