Gotong-royong menebang pokok

Gotong-royong menebang pokok telah berlangsung pada 27 Julai 2019 bertempat di sebelah Sekolah Kebangsaan Sg. Serai Hulu Langat. Bermula jam 9.00 pagi dan dihadiri oleh Tn Hj Zainuddin Mohd Tasar (Ketua Kampung). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 30 orang. Program gotong-royong ini bertujuan untuk membersihkan kawasan berhampiran pagar Sekolah Kebangsaan Sungai Serai yang ditumbuhi pokok-pokok besar dan dikhuatiri tumbang ke arah bangunan sekolah. Diharap pembersihan ini dapat meningkatkan lagi keselesaan murid-murid dan juga mengurangkan risiko pokok tumbang