Program English Clinic

Program English Clinic telah berlangsung pada 14 September 2019 bertempat di Sekolah KAFAI Kg Sg Serai Hulu Langat. Bermula jam 9.00 pagi dan dihadiri oleh Hj Zainuddin Mohd Tasar (Ketua Kampung Sg Serai). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 30 orang. Program ini bertujuan untuk memupuk minat di kalangan pelajar untuk belajar Bahasa Inggeris dalam suasana yang menyeronokkan. Peserta diharap dapat memahami modul dan pengajaran yang dibawa dengan lebih baik dan berkesan.