Pertandingan bowling wanita Indah Jaya

Pertandingan bowling antara ahli-ahli pertubuhan Perkumpulan perempuan telah diadakan pada 20 Oktober 2019 bermula jam 10 pagi hingga 2 petang. Program ini dianjurkan dengan kerjasama majlis Perwakilan Penduduk MPP zon 1 dan telah diadakan di pusat bowling Metro Point Kajang.

Seramai 48 orang ahli terlibat dalam pertandingan tersebut. Kejohanan turut diserikan lagi dengan kehadiran YB Edry Faizal bin Eddy Yusof yang telah merasmikan pertandingan tersebut.

Program berjalan dengan lancar dan diakhiri dengan  penyampaian hadiah oleh Encik Muhammad Rashid selaku wakil daripada pejabat YB.

Program telah berjaya dilaksanakan dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.