Gotong-royong Taman Mewah Cheras

13 Januari 2019, Ahad

Satu program gotong-royong anjuran Persatuan Penduduk Pangsapuri Mewah Cheras dan COMBI Taman Koperasi Cuepacs serta Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat telah diadakan di Pangsapuri Taman Mewah Cheras pada 13 Januari 2019 bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.Program ini dirasmikan oleh ADUN Kajang, YB Hee Loy Sian dan dihadiri oleh Ahli Majlis Zon 9, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat serta Jabatan Bomba Dan Penyelamat dari Balai Bomba Kajang.

            Seramai 80 orang penduduk Pangsapuri Taman Mewah Cheras hadir untuk memberikan kotmitmen. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membersihkan sampah-sampah yang menjadi habitat nyamuk Aedes di kawasan mereka. Selain itu, pihak Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat turut mengadakan pameran serta taklimat ringkas menganai wabak denggi. Pihak bomba juga turut memberi kerjasama dengan memeriksa pili-pili bomba di jalan-jalan yang berkaitan.

            Diharap agar program sebegini berterusan pada masa akan datang. Sekian laporan saya.