Kejohanan Merentas Desa Sekolah Kebangsaan Taman Rakan

18 Januari 2019, Jumaat

Satu Kejohanan Merentas Desa Sekolah Kebangsaan Taman Rakan telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman Rakan pada 18 Januari 2019 bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Ahli Majlis tidak dapat menghadiri program ini kerana telah berlepas ke luar negara atas urusan rasmi dan mewakilkan Pembantu Tadbir Ahli Majlis Zon 9 bagi merasmikan program ini.

Sebelum kejohanan bemula

            Seramai lebih kurang 120 orang murid-murid tahun 4 hingga tahun 6 menyertai kejohanan merentas desa ini.  Acara dimulakan dengan aktiviti pemanasan badan oleh guru-guru sekolah kemudian murid-murid dilepaskan mengikut tahun dengan dimulai oleh murid perempuan tahun empat diikuti oleh murid lelaki tahun empat dan seterusnya. Murid-murid yang berjaya menududuki tempat pertama dan kedua bagi setiap kategori akan dihantar ke kejohanan merentas desa peringkat daerah.           

Ahli Majlis menyumbang dari segi makanan dan minumam.Diharap agar program sebegini berterusan pada masa akan datang. Sekian laporan saya.