Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Dato OBD

Bergambar bersama pasukan sebelum perlawanan akhir.
MPKK Kg. Sg. Tekali vs MPKK Kg. Padang

Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Dato OBD telah berlangsung pada 1 Mac 2020 bertempat di Padang Awam Batu 14 Hulu Langat. Bermula jam 8.30 pagi dan dihadiri oleh Afrodi Ali (Pembantu Tadbir Ahli Majlis). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 200 orang. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan ahli majlis MPKj yang juga Orang Besar Daerah Hulu Langat.

Perlawanan disertai oleh 16 buah pasukan yang mewakili Kampung ataupun taman-taman dalam kawasan MPP zon 1. Program berjalan dengan baik dan diakhiri dengan penyampaian hadiah oleh En Afrodi Bin Ali yang mewakili Pak Engku pada akhir kejohanan.