Sambutan Hari Kemerdekaan 2019

31 Ogos 2019, Sabtu

Satu Sambutan Hari Kemerdekaan 2019 yang ke 62 anjuran Rukun Tetangga  Taman Koperasi Cuepacs dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Koperasi Cuepacs dan Ahli Majlis Zon 9 telah diadakan pada 31 Ogos 2019 bertempat Padang Taman Koperasi Cuepacs. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Seramai lebih kurang 150 orang penduduk Taman Koperasi Cuepacs, Taman Rakan, Taman Desa Baru, Taman Mewah Cheras dan Taman Lingkaran Nur hadir untuk memeriahkan program ini.

            Antara yang hadir untuk memeriahkan sambutan ini adalah Encik Shamsir bin Mat Dhaud, wakil dari  Jabatan Perpaduan Negara Dan Integriti Nasional, Wakil dari Pejabat Tanah Dan Daerah Hulu Langat, Wakil dari IPD Kajang, Ahli Majlis Zon 9 dan Pengerusi-pengerusi Taman-taman sekitar.

            Program ini bermatlamat untuk mengeratkan hubungan penduduk berbilang kaum dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan penduduk. Selain daripada itu, sambutan ini juga memupuk semangat patriotisme dalam kalangan remaja khasnya.