Program Kesedaran Kebersihan Dalam Taman

29 Februari 2020, Sabtu

Satu Program Kesedaran Kebersihan Dalam Taman anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Rakan  telah diadakan di Pusat Aktiviti KRT Taman Rakan pada 29 Februari 2020  bermula 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

            Program ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kebersihan yang perlu dijaga oleh penduduk bukan sahaja di dalam kawasan rumah malah di kawasan luar rumah juga. Dengan ini dapat mewujudkan budaya serta kesedaran sivik yang perlu diberi penerangan kepada penduduk. Antara pengisian semasa program ini adalah menerangkan peranan masyarakat tentang kebersihan, keburukan berlaku kepada taman, tindakan pihak berwajib serta pameran mengenai penyakit denggi. Penganjur telah menjemput Penolong Pegawai Kebersihan Dan Persekitaran, Encik Muhammad Qamarun bin Salim dari Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam, MPKj untuk memberikan penerangan.