Kursus Asas COMBI dan Penubuhan Pasukan COMBI Taman Kota Cheras Fasa 3

21 Mac 2021

Program Kursus Asas COMBI dan Penubuhan Pasukan COMBI Taman Kota Cheras Fasa 3 telah diadakan pada 21 Mac 2021, Ahad di Taman Kota Cheras Fasa 3. Kursus ini yang bermula pada pukul 9.30 pagi telah dirasmikan olehAhli Majlis Zon 2 Majlis Perbandaran Kajang(MPKj),Encik Farhan Haziq bin Mohamed.

Kursus ini telah disampaikan oleh wakil daripada Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat iaitu Puan Roselina binti Mokhtar,Pegawai Pendidikan Kesihatan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan juga Puan Safaras binti Zakaria,Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Hulu Langat.

Kursus ini telah dihadiri oleh sebanyak 30 orang peserta yang terdiri daripada penduduk di Taman Kota Cheras Fasa 3 ini. Diharapkan dengan penubuhan pasukan COMBI di dalam taman ini,tiada kes denggi dilaporkan dan kebersihan kawasan sekitar dapat dijaga.