Program Semarak Merdeka 2022

Program Semarak Merdeka 2022 dengan kerjasama KRT Tmn Desa Pelangi dan MPP zon 1

Program semarak merdeka 2022 telah berlangsung pada 31 Ogos 2022 bertempat di Taman Desa Pelangi Hulu Langat. Bermula jam 8.00 pagi dan dihadiri oleh Tn. Haji Nasir Bin Hassan (Timbalan Pengerusi KRT Taman Desa Pelangi). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 80 orang. Program ini bertujuan untuk terus menerapkan sifat cintakan tanahair, semangat patriotisme dan menghargai pencapaian kemerdekaan bagi negara Malaysia, Selain itu juga ia dapat merapatkan ukwah dikalangan penduduk.

Program dimulai dengan dengan perarakan kemerdekaan bermula daripada Anjung Pelangi menuju ke dataran program Taman Desa Pelangi. Perarakan diserikan dengan pakaian beragam daripada kanak-kanak setempat.

Pertandingan beragam bertemakan hari merdeka dan juga pertandingan mewarna kanak-kanak turut diadakan ditapak program. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Tn Haji Nasir bagi pemenang pertandingan.

Majlis berakhir kira-kira jam 11 pagi dengan sesi bergambar bersama peserta.

Bengkel Membuat Pes Makanan

Bengkel membuat pes makanan telah berlangsung pada 28 Ogos 2022 bertempat di Dewan Komuniti Batu 15 Dusun Tua. Bermula jam 8.30 pagi dan dihadiri oleh En Md Gadapi Bin Ahmad Harmain (Ketua Kampung). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 25 orang.

Program ini memfokuskan kepada wanita sebagai peserta utama dengan menyediakan aktiviti masakan yang boleh menjana pendapatan sampingan. Program dimulakan dengan ceramah dan diikuti dengan cara amali oleh peserta untuk menyediakan pes tersebut. Program berakhir kira-kira jam 12 tengah hari dengan penyampaian sijil penyertaan kepada peserta.

Jom layan tempat menarik di Hulu Langat Senarai Resort dan Kem dan Homestay di Hulu Langat

Karnival Sukan Merdeka 2022 (Takraw dan Futsal)

Karnival sukan merdeka 2022 (Takraw dan Futsal) telah berlangsung pada 28 Ogos 2022 bertempat di Dewan Batu 16 Dusun Tua / Gelanggang futsal Tmn. Desa Sentosa. Bermula jam 9.00 pagi dan dihadiri oleh En Md Gadapi Bin Ahmad Harmain (Ketua Kampung).

Anggaran penyertaan adalah sebanyak 100 orang. Program ini dianjurkan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan yang ke-65 dengan menyasarkan anak-anak muda. Terdapat 2 permainan sukan yang dilaksanakan iaitu pertandingan sepak takraw dan futsal penalti. Program mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat. Majlis berakhir kira-kira jam 3 petang dengan penyerahan hadiah kepada pemenang.

Pertandingan badminton beregu tertutup MPP Zon 1

Pertandingan badminton beregu tertutup MPP Zon 1 telah berlangsung pada 30 Julai 2022 bertempat di Dewan Taman Titiwangsa Hulu Langat. Bermula jam 8.30 pagi dan dihadiri oleh En. Afrodi Bin Ali (Wakil Ahli Majlis zon 1). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 25 orang.

Program ini bertujuan untuk merapatkan lagi ukhwah dikalangan peserata disamping beriadah dan beraktiviti yang menyeronokkan. Majlis penyampaian hadiah telah diwakili oleh en Afrodi bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Program berakhir kira-kira jam 2 petang dengan jayanya.

Program Gotong-royong Cegah Denggi

Program Gotong-royong cegah denggi telah berlangsung pada 24 Julai 2022 bertempat di Taman Pinggiran Delima Hulu Langat. Bermula jam 8.30 pagi dan dihadiri oleh En. Rashid selaku ketua Kampung Batu 13 dan juga Puan Zaharah (Pengerusi KRT Tmn Pinggiran Delima). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 100 orang. Ia melibatkan kesemua blok perumahan di taman ini sebanyak 8 blok perumahan.

Progam ini dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan mensasarkan untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes. Program ini bertujuan membersihkan kawasan persekitaran taman dari tempat pembiakan nyamuk Aedes dan sekaligus menghapuskan Denggi. Peralatan dan Jamuan makan disediakan bagi melancarkan lagi program ini. Program berakhir kira-kira jam 2 petang dengan mencapai objektif pembersihan yang diharapkan.

Y.B. Ustaz Datuk Hasanuddin Mohd Yunus selaku Ahli Parlimen Hulu Langat dan isteri turut hadir memberikan sokongan dan sedikit sumbangan kepada program gerak kerja gotong-royong yang dijalankan.

Mesyuarat Agong Persatuan Penduduk Taman Pinggiran Delima (JMB)

Perbincangan turut disertai oleh YB Datuk Hasanuddin bagi menyumbangkan idea pergerakan JMB

Program mesyuarat Agong Persatuan Penduduk Taman Pinggiran Delima telah berlangsung pada 28 Mac 2021 bertempat di Dataran Tmn Pinggiran Delima Blok C. Bermula jam 11.00 pagi dan dihadiri oleh YB Datuk Ust Hasanuddin Mohd Yunus, Ahli Parlimen Hulu Langat. Anggaran penyertaan adalah sebanyak 100 orang.

Program ini bertujuan untuk menggerakkan semula JMB peringkat taman bagi menjaga hal ehwal persekitaran bangunan flat. Perbincangan turut disertai oleh YB Datuk Hasanuddin bagi menyumbangkan idea pergerakan JMB.

Senarai resort di Hulu Langat

Pertandingan Sepak Takraw Tertutup MPP Zon 1

Pertandingan sepak takraw tertutup pemuda Sg Michu dan MPP Zon 1 telah berlangsung pada 28 Mac 2021 bertempat di Gelanggang takraw Sg. Michu Hulu Langat. Bermula jam 9.00 pagi dan dihadiri oleh Y.B Mohd Sany Hamzan (ADUN Templer). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 50 orang.

Program ini berjalan dengan sambutan yang amat baik di kalangan penduduk Sg Michu. Turut diadakan aktiviti mewarna dan jamuan disediakan sepanjang program berlangsung. Majlis penyampainan hadiah turut dihadiri oleh Ketua Kampung Batu 13 Hulu Langat

Program Prihatin Covid-19 MPP Zon 1

Program prihatin Covid-19 MPP Zon 1 telah berlangsung pada 14 Mac 2021 bertempat di Balai KRT Tmn Perkasa Fasa 2, Hulu Langat. Bermula jam 3.00 petang dan dihadiri oleh En Afrodi Bin Ali (Pembantu Tadbir Ahli Majlis Zon 1). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 60 orang. Program ini adalah usahasama bersama antara Persatuan Penduduk Tmn Perkasa Fasa 2 bersama Ahli Majlis Zon 1 dengan mensasarkan penduduk yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Sebanyak 54 unit/set barangan dapur telah diagihkan kepada penduduk secara bersasar

Bengkel Membuat Hiasan Manik

Bengkel Membuat Hiasan Manik telah berlangsung pada 3 Oktober 2020 bertempat di Dewan Komuniti Batu 15 Dusun Tua Hulu Langat. Bermula jam 9.00 pagi dan dihadiri oleh En. Md Gadapi Ahmad Harmain (Ketua Kampung Batu 16 Dusun Tua).

Anggaran penyertaan adalah sebanyak 40 orang. Bengkel ini bertujuan untuk mengajar peserta cara-cara membuat barangan perhiasan daripada manik dan seterusnya boleh dijadikan pendapatan sampingan.

Kempen Kekal Bersih bersempena ‘World Clean Up Day’

Kempen Kekal Bersih bersempena ‘World Clean Up Day’ telah berlangsung pada 20 September 2020 bertempat di Dewan Batu 16 Dusun Tua Hulu Langat. Bermula jam 8.00 pagi dan dihadiri oleh En. Md Gadapi Ahmad Harmain (Ketua Kampung Batu 16 Dusun Tua).

Anggaran penyertaan adalah sebanyak 120 orang. Kempen ini menekankan aspek kitar semula dalam kehidupan harian. Program diserikan dengan aktiviti mengutip barangan dan sampah kitar semula dan pelbagai jenis gerai jualan turut dibuka.