Program Sambutan Tahun Baru Cina 2020 pada 8hb Februari 2020 di Kampung Baru Sungai Chua

Penganjur dan krew program

Program Sambutan Tahun Baru Cina 2020 pada 8hb Februari 2020 di Kampung Baru Sungai Chua. YB Dr. Ong Kian Ming, YB Wong Siew Ki, TYDP MPKJ dan Ahli Majlis, Cik Lily, En.Khoo Khim Ham dan agensi MIDF serta para media telah menghadiri Program Program Sambutan Tahun Baru Cina 2020 di Kampung Baru Sungai Chua. Sambutan ini dimeriahkan oleh pelbagai acara pada petang itu termasuk tarian singa, persembahan tradisional Cina,nyanyian dan lain-lain.

Persembahan pelajar sekolah

Kami juga telah menjemput pelajar-pelajar daripada SJK(C) Sungai Chua dan SJK(C) Yu Hua untuk membuat persembahan yang menarik. Tambahan pula, kupon makanan disediakan untuk seramai 500 orang para hadirin. Program sambutan ini juga berakhir dengan penyampaian angpau kepada budak-budak oleh Ahli Parlimen Bangi, YB Dr. Ong Kian Ming.

Program Pertandingan Kaligrafi Parlimen Bangi Tahun 2020 di Gelanggang Bola Keranjang Sungai Chua pada 19hb Januari 2020

Ahli Majlis Zon 8 telah mengadakan Program Pertandingan Kaligrafi Parlimen Bangi Tahun 2020  di Gelanggang Bola Keranjang Sungai Chua pada 19hb Januari 2020. YB Dr Ong Kian Ming, YB Wong Siew Ki dan Ahli Majlis Zon 8, Cik Nor Zulaila Binti Abd Ghani telah menghadiri Program Pertandingan Kaligrafi Parlimen Bangi Tahun 2020  di gelanggang bola keranjang Sungai Chua pada 19hb Januari 2020.

Seramai 100 orang peserta telah mendaftar untuk pertandingan ini. Kaligrafi Cina adalah antara kesenian yang paling tinggi diberi penghormatan dalam tamadun Cina. Ahli kaligrafi biasanya menghasilkan tulisan berkenaan menggunakan dakwat, berus di atas sehelai kertas khas menggambarkan kata-kata murni seperti kebahagiaan, ketenangan atau kekayaan yang mampu memberi semangat kepada individu. Dalam program ini, semua peserta telah menghasilkan pantun dua kerat yang melambangkan kemeriahan Tahun Baru Cina.  Makanan tengah hari disediakan untuk semua peserta.

Tetamu Khas Program : YB Dr.Ong Kian Ming, YB Wong Siew Ki dan Ahli Majlis Zon 8,
Pn. Norzulaila & Encik Vincent (Ketua Kampung Kg.Sungai Chua)
Gambar Kumpulan sebelum bersurai

Program Gotong-Royong Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2020 Dan Menanam Pokok Bunga pada 10hb Januari 2020 di Kampung Baru Sungai Chua

Ahli Majlis Zon 8 telah mengadakan Program Gotong-Royong Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2020  Dan Menanam Pokok Bunga pada 10hb Januari 2020 di Kampung Baru Sungai Chua. Selepas pembersihan gotong -royong, penduduk setempat menanam pokok bunga sekitar Balairaya MPKK Kampung Baru Sungai Chua. Semua penduduk Kampung Baru Sungai Chua telah bergiat aktif dalam program gotong-royong ini. Makanan tengah hari disediakan untuk semua orang yang membantu dalam kerja-kerja penanaman anak pokok bunga sekitar Balairaya MPKK Kampung Baru Sungai Chua.

Ahli Majlis Zon 8, Pn.Norzulaila sedang membersihkan sampah dalam longkang.
Kerja-kerja gotong-royong sedang dijalankan.