mpp12

EN KHOO KHIM HAN
MAKLUMAT PEJABATMPP ZON 12
AlamatNO 13-1(1B), MUTIARA AVENUE, JALAN MUTIARA 1, MUTIARA HEIGHTS, 43000 KAJANG SELANGOR
Lokasi GPS (atau alamat)3°00’41.2″N 101°48’43.4″E
No. Telefon+60 12-4125207
No. Fax
Pembantu TadbirPN NOORHIDAYU BINTI SELAMAT(+6 012-5797090)

GOTONG-ROYONG PERDANA 2022

Gotong Royong Perdana 2022 telah diadakan pada 26hb Mac 2022 bersamaan hari Sabtu bermula jam 8.00 pagi. Gotong-royong Perdana ini melibatkan 6 buah taman di bawah MPP Zon12 iaitu Taman Jenaris, Taman Kantan Permai, Taman Puncak Saujana, Taman Taming Impian, Taman Pinggiran Saujana dan juga Taman Prima Saujana. Program telah dirasmikan oleh TUAN YDP MPKJ, YBhg. Tuan Haji Najmuddin bin Jemain. Program turut disertai oleh Ahli Majlis Zon 12 En Khoo Kim Han, Pengarah JPPK, wakil-wakil Persatuan Penduduk, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat, KDEB, kakitangan JPPK dan PCO MPKJ.

Gotong royong telah dijalankan di lokasi-lokasi seperti yang dirancang melibatkan kawasan sekitar hadapan rumah, lorong belakang, kawasan lapang, taman permainan dan kebun-kebun kecil. Antara aktiviti gotong royong yang dilakukan adalah pembersihan sisa pukal,sampah tabur, cari dan hapus tempat berpotensi membiakan nyamuk aedes serta pembersihan longkang. Edaran aerosol dan pendidikan kesihatan turut diberikan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya penyakit denggi ini.


PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN PENDUDUK JENARIS KALI KE-29

Ahli Majlis Encik Khoo Khim Han telah menghadiri jemputan bagi merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-29 Persatuan Penduduk Jenaris.

5/5