Program English Clinic

Program English Clinic telah berlangsung pada 27 Oktober 2019 bertempat di Sekolah KAFAI Kg Sg Serai Hulu Langat. Bermula jam 9.00 pagi dan dihadiri oleh Hj Zainuddin Mohd Tasar (Ketua Kampung Sg Serai). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 40 orang. Program ini bertujuan untuk memberikan pendidikan bahasa Inggeris dengan kaedah yang mudah dan disukai oleh peserta

Program gubahan bunga rimba

Program gubahan bunga rimba telah berlangsung pada 27 Oktober 2019 bertempat di Balai Raya Kg. Jawa Batu 18 Hulu Langat. Bermula jam 9.00 pagi dan dihadiri oleh En Aris Mohd Salleh (Ketua Kampung Batu 18). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 20 orang. Program ini bertujuan untuk memberikan kemahiran kepada peserta untuk menjadikan barangan daripada hutan supaya menjadi gubahan bunga

Pertandingan bowling wanita Indah Jaya

Pertandingan bowling antara ahli-ahli pertubuhan Perkumpulan perempuan telah diadakan pada 20 Oktober 2019 bermula jam 10 pagi hingga 2 petang. Program ini dianjurkan dengan kerjasama majlis Perwakilan Penduduk MPP zon 1 dan telah diadakan di pusat bowling Metro Point Kajang.

Seramai 48 orang ahli terlibat dalam pertandingan tersebut. Kejohanan turut diserikan lagi dengan kehadiran YB Edry Faizal bin Eddy Yusof yang telah merasmikan pertandingan tersebut.

Program berjalan dengan lancar dan diakhiri dengan  penyampaian hadiah oleh Encik Muhammad Rashid selaku wakil daripada pejabat YB.

Program telah berjaya dilaksanakan dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Program English Clinic

Program English Clinic telah berlangsung pada 14 September 2019 bertempat di Sekolah KAFAI Kg Sg Serai Hulu Langat. Bermula jam 9.00 pagi dan dihadiri oleh Hj Zainuddin Mohd Tasar (Ketua Kampung Sg Serai). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 30 orang. Program ini bertujuan untuk memupuk minat di kalangan pelajar untuk belajar Bahasa Inggeris dalam suasana yang menyeronokkan. Peserta diharap dapat memahami modul dan pengajaran yang dibawa dengan lebih baik dan berkesan.

Program simenfero

Program simenfero telah berlangsung pada 7 September 2019 bertempat di Perkarangan kompleks penghulu Batu 14 Hulu Langat. Bermula jam 8.00 pagi dan dihadiri oleh Tuan Norezudin Kamaruddin (Penghulu Mukim Hulu Langat). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 100 orang. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta mencuba bidang pendapatan baru dengan membuat simenfero untuk jualan.

Sukan Mesra MPP MPKj

Sukan Mesra MPP MPKj telah berlangsung pada 7 September 2019 bertempat di Padang Awam Cheras Perdana. Bermula jam 8.00 pagi dan dihadiri oleh En Shahril Bin Rapkah (Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Masyarakat). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 50 orang. Program ini memberi peluang kepada peserta untuk bersukan dan bermesra dengan penduduk daripada zon-zon yang lain.

Program ambang merdeka

Program ambang merdeka telah berlangsung pada 30 Ogos 2019 bertempat di dataran Tmn Desa Pelangi Hulu Langat. Bermula jam 9.00 malam dan dihadiri oleh En Rosasmawi Ismail selaku AJK MPP zon 1. Anggaran penyertaan adalah sebanyak 100 orang. Program bertujuan untuk menanamkan sifat cintakan negara kepada penduduk setempat, terutamanya kepada kanak-kanak. Pengisian utama adalah tayangan video Leftenan Adnan disamping jamuan makan dan diakhiri dengan nyangian lagu negaraku.

Program Smart Ibadah Remaja

Program Smart Ibadah Remaja telah berlangsung pada 14 Ogos 2019 bertempat di Surau Al Jannah Pangsapuri Seri Kundang Hulu Langat. Bermula jam 9.00 pagi dan dihadiri oleh En Rahim (Wakil MPP zon 1). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 80 orang. Program ini bertujuan untuk mengisi masa cuti sekolah disamping dapat mendidik peserta berkaitan asas-asas fardhu ain bagi membentuk peribadi muslim yang sejati

Majlis penyampaian sumbangan ibu tunggal bersama Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI)

Majlis penyampaian sumbangan ibu tunggal bersama Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) telah berlangsung pada 4 Ogos 2019 bertempat di Kompleks Penghulu Bt 14 Hulu Langat. Bermula jam 9.00 pagi dan dihadiri oleh Y.B Edry Faizal Bin Eddy Yusof (ADUN Dusun Tua). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 30 orang. Program ini bertujuan untuk menjaga kebajikan wanita, terutamanya ibu tunggal dan usia emas.

Bengkel batik shibori

Bengkel batik shibori telah berlangsung pada 3 Ogos 2019 bertempat di Kantin SRA Sg. Tekali Hulu Langat. Bermula jam 9.00 pagi dan dihadiri oleh Pn Siti Julia Abdullah, pengerusi PWB Dun Dusun Tua. Anggaran penyertaan adalah sebanyak 25 orang. Program ini bertujuan untuk mempelajari kaedah pembuatan batik untuk tujuan komersial. Peserta diajar secara hands on cara dan pembuatan batik sepanjang bengkel.