Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Dato OBD

Bergambar bersama pasukan sebelum perlawanan akhir.
MPKK Kg. Sg. Tekali vs MPKK Kg. Padang

Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Dato OBD telah berlangsung pada 1 Mac 2020 bertempat di Padang Awam Batu 14 Hulu Langat. Bermula jam 8.30 pagi dan dihadiri oleh Afrodi Ali (Pembantu Tadbir Ahli Majlis). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 200 orang. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan ahli majlis MPKj yang juga Orang Besar Daerah Hulu Langat.

Perlawanan disertai oleh 16 buah pasukan yang mewakili Kampung ataupun taman-taman dalam kawasan MPP zon 1. Program berjalan dengan baik dan diakhiri dengan penyampaian hadiah oleh En Afrodi Bin Ali yang mewakili Pak Engku pada akhir kejohanan.

Kejohanan futsal bawah 17 tahun MPP zon 1

Kejohanan futsal bawah 17 tahun MPP zon 1 telah berlangsung pada 16 Disember 2019 bertempat di gelanggang futsal Taman Sri Nanding Hulu Langat. Bermula jam 9.00 pagi dan dihadiri oleh En Afrodi Bin Ali (Pembantu Tadbir Ahli Majlis Zon 1). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 100 orang. Program ini bertujuan mengisi masa lapang pelajar semasa cuti persekolahan disamping dapat menggalakkan aktiviti sukan

Bengkel Seni Mempertahankan Diri Wanita

Bengkel Seni Mempertahankan Diri Wanita telah berlangsung pada 3 November 2019 bertempat di Dewan Tmn Titiwangsa Hulu Langat dengan kerjasama PWB Dusun Tua. Bermula jam 9.00 pagi dan dihadiri oleh YB Datuk Ust Hasanuddin Mohd Yunus, Ahli Parlimen Hulu Langat. Anggaran penyertaan adalah sebanyak 50 orang. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan konsep bela diri terutamanya kepada wanita.

Program Fun Run Taman Sri Mas

Program Fun Run Taman Sri Mas telah berlangsung pada 3 November 2019 bertempat di Taman Sri Mas Hulu Langat. Bermula jam 7.30 pagi dan dihadiri oleh En Afrodi Bin Ali (Pembantu Tadbir Ahli Majlis Zon 1). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 200 orang. Program ini bertujuan untuk menerapkan gaya hidup sihat di kalangan para peserta di samping dapat merapatkan ukhuwah

Program English Clinic

Program English Clinic telah berlangsung pada 27 Oktober 2019 bertempat di Sekolah KAFAI Kg Sg Serai Hulu Langat. Bermula jam 9.00 pagi dan dihadiri oleh Hj Zainuddin Mohd Tasar (Ketua Kampung Sg Serai). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 40 orang. Program ini bertujuan untuk memberikan pendidikan bahasa Inggeris dengan kaedah yang mudah dan disukai oleh peserta

Program gubahan bunga rimba

Program gubahan bunga rimba telah berlangsung pada 27 Oktober 2019 bertempat di Balai Raya Kg. Jawa Batu 18 Hulu Langat. Bermula jam 9.00 pagi dan dihadiri oleh En Aris Mohd Salleh (Ketua Kampung Batu 18). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 20 orang. Program ini bertujuan untuk memberikan kemahiran kepada peserta untuk menjadikan barangan daripada hutan supaya menjadi gubahan bunga

Pertandingan bowling wanita Indah Jaya

Pertandingan bowling antara ahli-ahli pertubuhan Perkumpulan perempuan telah diadakan pada 20 Oktober 2019 bermula jam 10 pagi hingga 2 petang. Program ini dianjurkan dengan kerjasama majlis Perwakilan Penduduk MPP zon 1 dan telah diadakan di pusat bowling Metro Point Kajang.

Seramai 48 orang ahli terlibat dalam pertandingan tersebut. Kejohanan turut diserikan lagi dengan kehadiran YB Edry Faizal bin Eddy Yusof yang telah merasmikan pertandingan tersebut.

Program berjalan dengan lancar dan diakhiri dengan  penyampaian hadiah oleh Encik Muhammad Rashid selaku wakil daripada pejabat YB.

Program telah berjaya dilaksanakan dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Program English Clinic

Program English Clinic telah berlangsung pada 14 September 2019 bertempat di Sekolah KAFAI Kg Sg Serai Hulu Langat. Bermula jam 9.00 pagi dan dihadiri oleh Hj Zainuddin Mohd Tasar (Ketua Kampung Sg Serai). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 30 orang. Program ini bertujuan untuk memupuk minat di kalangan pelajar untuk belajar Bahasa Inggeris dalam suasana yang menyeronokkan. Peserta diharap dapat memahami modul dan pengajaran yang dibawa dengan lebih baik dan berkesan.

Program simenfero

Program simenfero telah berlangsung pada 7 September 2019 bertempat di Perkarangan kompleks penghulu Batu 14 Hulu Langat. Bermula jam 8.00 pagi dan dihadiri oleh Tuan Norezudin Kamaruddin (Penghulu Mukim Hulu Langat). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 100 orang. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta mencuba bidang pendapatan baru dengan membuat simenfero untuk jualan.

Sukan Mesra MPP MPKj

Sukan Mesra MPP MPKj telah berlangsung pada 7 September 2019 bertempat di Padang Awam Cheras Perdana. Bermula jam 8.00 pagi dan dihadiri oleh En Shahril Bin Rapkah (Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Masyarakat). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 50 orang. Program ini memberi peluang kepada peserta untuk bersukan dan bermesra dengan penduduk daripada zon-zon yang lain.