Program ambang merdeka

Program ambang merdeka telah berlangsung pada 30 Ogos 2019 bertempat di dataran Tmn Desa Pelangi Hulu Langat. Bermula jam 9.00 malam dan dihadiri oleh En Rosasmawi Ismail selaku AJK MPP zon 1. Anggaran penyertaan adalah sebanyak 100 orang. Program bertujuan untuk menanamkan sifat cintakan negara kepada penduduk setempat, terutamanya kepada kanak-kanak. Pengisian utama adalah tayangan video Leftenan Adnan disamping jamuan makan dan diakhiri dengan nyangian lagu negaraku.

Program Smart Ibadah Remaja

Program Smart Ibadah Remaja telah berlangsung pada 14 Ogos 2019 bertempat di Surau Al Jannah Pangsapuri Seri Kundang Hulu Langat. Bermula jam 9.00 pagi dan dihadiri oleh En Rahim (Wakil MPP zon 1). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 80 orang. Program ini bertujuan untuk mengisi masa cuti sekolah disamping dapat mendidik peserta berkaitan asas-asas fardhu ain bagi membentuk peribadi muslim yang sejati

Majlis penyampaian sumbangan ibu tunggal bersama Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI)

Majlis penyampaian sumbangan ibu tunggal bersama Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) telah berlangsung pada 4 Ogos 2019 bertempat di Kompleks Penghulu Bt 14 Hulu Langat. Bermula jam 9.00 pagi dan dihadiri oleh Y.B Edry Faizal Bin Eddy Yusof (ADUN Dusun Tua). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 30 orang. Program ini bertujuan untuk menjaga kebajikan wanita, terutamanya ibu tunggal dan usia emas.

Bengkel batik shibori

Bengkel batik shibori telah berlangsung pada 3 Ogos 2019 bertempat di Kantin SRA Sg. Tekali Hulu Langat. Bermula jam 9.00 pagi dan dihadiri oleh Pn Siti Julia Abdullah, pengerusi PWB Dun Dusun Tua. Anggaran penyertaan adalah sebanyak 25 orang. Program ini bertujuan untuk mempelajari kaedah pembuatan batik untuk tujuan komersial. Peserta diajar secara hands on cara dan pembuatan batik sepanjang bengkel.

Gotong-royong cegah denggi bersama PKD Hulu Langat

Gotong-royong cegah denggi bersama PKD Hulu Langat telah berlangsung pada 27 Julai 2019 bertempat di Tmn Sri Nanding Hulu Langat. Bermula jam 8.00 pagi dan dihadiri oleh Y.B Edry Faizal (ADN Dusun Tua) dan Mohd Yusof Bin Abd Manan (Ketua Kampung Dusun Nanding) dan Pn Safaras Pegawai PKD Hulu Langat. Anggaran penyertaan adalah sebanyak 70 orang.

Program gotong royong diadakan bersama pihak Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat. program ini terpaksa dilaksanakan kerana peningkatan kes denggi yang berlaku di Taman Sri nanding. pihak Pejabat Kesihatan daerah Hulu Langat telah bekerjasama mengenalpasti beberapa tempat hotspot’ pembiakan nyamuk Aedes

Gotong-royong menebang pokok

Gotong-royong menebang pokok telah berlangsung pada 27 Julai 2019 bertempat di sebelah Sekolah Kebangsaan Sg. Serai Hulu Langat. Bermula jam 9.00 pagi dan dihadiri oleh Tn Hj Zainuddin Mohd Tasar (Ketua Kampung). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 30 orang. Program gotong-royong ini bertujuan untuk membersihkan kawasan berhampiran pagar Sekolah Kebangsaan Sungai Serai yang ditumbuhi pokok-pokok besar dan dikhuatiri tumbang ke arah bangunan sekolah. Diharap pembersihan ini dapat meningkatkan lagi keselesaan murid-murid dan juga mengurangkan risiko pokok tumbang

Gotong-royong membersihkan Taman Perkasa Indah

Gotong-royong membersihkan taman Perkasa Indah telah berlangsung pada 21 Julai 2019 bertempat di Sekitar Tmn Perkasa Indah Hulu Langat. Bermula jam 8.00 pagi dan dihadiri oleh En Zainol (AJK MPP zon 1). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 50 orang. Program gotong-royong ini adalah program berkala yang dianjurkan oleh persatuan penduduk Taman Perkasa Indah. ia bertujuan untuk mengindahkan lagi kawasan persekitaran taman disamping memusnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes

Gotong-royong membersihkan kawasan padang

Gotong-royong membersihkan kawasan padang telah berlangsung pada 14 Julai 2019 bertempat di Padang awam Sg. Lui Hulu Langat. Bermula jam 8.00 pagi dan dihadiri oleh Mohd Razak Bin Jalaluddin (Ketua Kampung Sg Lui Bt 21). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 30 orang. Program ini bertujuan untuk membersihkan kawasan Padang permainan penduduk Sungai Lui. Diharap penduduk dapat memanfaatkan kemudahan padang yang telah dibersihkan ini dengan baik

Program Ramah mesra bersama penduduk Jalan Delima Tmn Sri Nanding

Program Ramah mesra bersama penduduk Jalan Delima Tmn Sri Nanding telah berlangsung pada 6 Julai 2019 bertempat di Jalan Delima Tmn Sri Nanding Hulu Langat. Bermula jam 8.00 pagi dan dihadiri oleh Pn Rawiyiah Zakaria (Ahli Majlis MPKj). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 100 orang. Program ini bertujuan untuk beramah mesra bersama penduduk Jalan Delima yang terdiri daripada masyarakat India di samping mendengar permasalahan yang diutarakan oleh penduduk Taman. program berjalan dengan baik dan berakhir kira-kira jam 11 malam

Program berbasikal amal

Program berbasikal amal telah berlangsung pada 6 Julai 2019 bertempat di Sekolah Kebangsaan Sg. Lui Hulu Langat. Bermula jam 7.00 pagi dan dihadiri oleh YB Ust Hasanuddin Mohd Yunus, Ahli Parlimen Hulu Langat. Anggaran penyertaan adalah sebanyak 200 orang. Program ini bertujuan untuk mengumpulkan dana PIBG Sekolah Kebangsaan Sungai Lui. program disertai oleh peserta-peserta daripada pelbagai tempat. pelbagai acara sampingan turut diadakan. program berjalan dengan lancar dan berakhir kira-kira 2.00 petang