Majlis Pengedaran Bantuan Bakul Makanan (Pandu lalu) 21 Februari 2021

Pada 21 Februari 2021, Pejabat Ahli Majlis Zon 8 bersama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Bangi telah mengedarkan bantuan bakul makanan pandu lalu untuk penerima kawasan Zon 8 MPKj dengan harapan pemberian sedikit bantuan ini dapat meringankan beban kehidupan seharian mereka yang amat memerlukan bantuan ini terutamanya pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan di Selangor dilanjutkan lagi sehingga 4 Mac 2021.

Majlis Pengedaran Bantuan Bakul Makanan Fasa 1 3 Mac 2021

         Pada 3 Mac 2021, Pejabat Ahli Majlis Zon 8 bersama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Bangi telah mengedarkan bantuan bakul makanan untuk penerima kawasan Balakong. Turut hadir Adun Balakong, YB Wong dan Ahli Majlis, dan Ahli Parlimen Bangi, YB Dr. Ong Kian Ming untuk majlis ini. Pemberian sedikit bantuan ini dapat meringankan beban kehidupan seharian mereka yang amat memerlukan bantuan  ini terutamanya pada waktu Perintah Kawalan Pergerakan di Selangor. Selesai sudah penyerahan Bantuan Bakul Makanan Fasa 1.

YB Dr.Ong memyampaikan ucapan

Penyerahan Bantuan Alatan Skim Sanitasi 10 Februari 2021

   

          Penyerahan alatan sanitasi untuk JMB, MPKK, Persatuan Penduduk dan KRT telah diserahkan oleh Ahli Majlis MPKj, Puan Nor Zulaila di Gelanggang Bola Keranjang Sg Chua. Program ini adalah anjuran bersama pusat khidmat rakyat Parlimen Bangi. Ini merupakan sebuah inisiatif untuk memperkasakan komuniti bagi bersama mencegah perebakan wabak Covid 19. Persatuan Bomba Sukarela Bandar Baru Bangi telah menjalankan demo cara-cara penggunaan peralatan sanitasi ini kepada wakil-wakil penduduk yang hadir untuk mengambil alatan sanitasi.  

Program Bantuan Prihatin COVID-19 MPP Zon 8

Penyampaian bantuan prihatin pandemik Covid-19 oleh Ahli Majlis, Pn Nor Zulaila

Program Prihatin COVID-19 MPP Zon 8 telah dijalankan pada 7hb April 2020 di Balairaya MPKK Sungai Chua. Ahli Majlis telah menyampaikan bantuan bekalan makanan kepada isi rumah yang terjejas akibat PKP di sekitar Kg Sri Jambu, Taman Muhibbah, Taman Sepakat Indah, Taman Sri Saga, Taman Sri Sg Chua & Kg Baru Sg Chua dan Taman Cheras Jaya. Lebih 400 keluarga dibekalkan bantuan bekalan makanan prihatin Covid-19.

Program Prihatin COVID-19 Desinfeksi Kawasan MPP Zon 8

Program Prihatin COVID-19 MPP Zon 8 telah dijalankan pada 31hb Mac 2020 di pejabat Ahli Majlis Zon 8. Ahli Majlis Zon 8 telah belikan bahan peluntur untuk kegunaan desinfeksi. Proses desinfeksi dijalankan oleh pasukan Parlimen Bangi, DUN Balakong, Pejabat Ahli Majlis Zon 8, MPKK Sg Chua & Bomba Sukarela Bangi di sekitar kawasan MPP Zon 8 dan tunjuk ajar dilakukan oleh IKK Fahmi dari PKD Hulu Langat.

Program Sambutan Hari Wanita 2020 Bersama Ahli Majlis Zon 8, Sungai Chua pada 8hb Mac 2020 di Pasar Pagi Sungai Chua

Pengedaran Bunga sempena Hari Wanita Sedunia

Program Sambutan Hari Wanita 2020 Bersama Ahli Majlis Zon 8, Sungai Chua pada 8hb Mac 2020 di Pasar Pagi Sungai Chua. Ahli Majlis Zon 8, Cik Nor Zulaila Binti Abd Ghani bersama Adun Balakong, YB Wong Siew Ki serta Ketua Kampung, Encik Vincent Sia telah turun ke Pasar Pagi Sungai Chua untuk mengedarkan bunga kepada wanita-wanita di Sungai Chua sempena Hari Wanita Sedunia. Jambak Bunga Ros sebanyak 500 kuntum diberikan kepada ramai wanita-wanita Sungai Chua sebagai tanda menghargai dan menghormati jasa wanita sedunia.

Bengkel Gubahan Bunga MPP Zon 8 pada 23hb Februari 2020 di Balairaya MPKK Sungai Chua

Gambar berkumpulan sebelum bengkel bermula

Pada 23hb Februari 2020, Bengkel Gubahan Bunga MPP Zon 8 telah diadakan di Balairaya MPKK Sungai Chua.seramai 20 orang peserta terdiri daripada golongan wanita dari Kampung Baru Sungai Chua telah menyertai bengkel ini. Selepas bengkel ini, berharap agar peserta boleh memulakan perniagaan dengan mengambil tempahan untuk surprise delivery, atau gubahan bunga untuk majlis-majlis rasmi atau tidak rasmi supaya dapat menjana pendapatan sambilan.

Para peserta bersama hasil tangan mereka

Program ini adalah anjuran Pejabat Ahli Majlis Zon 8 bekerjasama dengan Pejabat Parlimen Bangi, Pejabat Adun Balakong dan MPKK Kampung Baru Sungai.    

Bengkel Gubahan Bunga MPP Zon 8 pada 22hb Februari 2020 di Pusat Komuniti Taman Cheras Jaya

Gambar kumpulan sebelum mula bengkel
Cikgu Rathi bersama Ahli Majlis, Pn. Norzulaila

Industri perkhidmatan seperti perancang kejutan, gubahan bunga dan membuat hantaran semakin berkembang pesat ekoran permintaanya yang semakin meningkat. Memang wajar ramai yang mahu cuba untuk berkecimpung dalam perniagaan yang memerlukan kemahiran dan kreativiti dalam mengubah bunga. Menyedari hakikat tersebut, seseorang yang berminat untuk melakukan perniagaan ini harus menghadiri kelas gubahan bunga untuk memahirkan diri dengan reka bentuk gubahan yang pasti dapat menarik perhatian pelanggan. Gubahan bunga adalah kreativiti dan kemahiran yang sangat berbaloi untuk dimiliki terutamanya kepada suri rumah tangga.

Program ini bertujuan untuk melahirkan usahawan yang mahir di dalam gubahan bunga dan gift. Peserta telah mempelajari 2 jenis gubahan bunga dan Tips perniagaan mengikut trend masa kini. Harga tempahan mengikut nilai pasaran kini bermula daripada RM50 keatas. Usahawan yang menceburi di dalam bidang ini berpotensi untuk menjana pendapatan lumayan.

Seramai 20 orang peserta terdiri daripada golongan wanita berasal dari Taman Cheras Jaya telah menyertai bengkel ini. Selepas bengkel ini, berharap agar peserta boleh memulakan perniagaan dengan mengambil tempahan untuk surprise delivery, atau gubahan bunga untuk majlis-majlis rasmi atau tidak rasmi supaya dapat menjana pendapatan sambilan.

Hasil tangan para peserta

Program ini adalah anjuran Pejabat Ahli Majlis Zon 8 bekerjasama dengan Pejabat Parlimen Bangi, Pejabat Adun Balakong dan Persatuan Penduduk Taman Cheras Jaya.    

Program Sambutan Tahun Baru Cina 2020 pada 8hb Februari 2020 di Kampung Baru Sungai Chua

Penganjur dan krew program

Program Sambutan Tahun Baru Cina 2020 pada 8hb Februari 2020 di Kampung Baru Sungai Chua. YB Dr. Ong Kian Ming, YB Wong Siew Ki, TYDP MPKJ dan Ahli Majlis, Cik Lily, En.Khoo Khim Ham dan agensi MIDF serta para media telah menghadiri Program Program Sambutan Tahun Baru Cina 2020 di Kampung Baru Sungai Chua. Sambutan ini dimeriahkan oleh pelbagai acara pada petang itu termasuk tarian singa, persembahan tradisional Cina,nyanyian dan lain-lain.

Persembahan pelajar sekolah

Kami juga telah menjemput pelajar-pelajar daripada SJK(C) Sungai Chua dan SJK(C) Yu Hua untuk membuat persembahan yang menarik. Tambahan pula, kupon makanan disediakan untuk seramai 500 orang para hadirin. Program sambutan ini juga berakhir dengan penyampaian angpau kepada budak-budak oleh Ahli Parlimen Bangi, YB Dr. Ong Kian Ming.

Program Pertandingan Kaligrafi Parlimen Bangi Tahun 2020 di Gelanggang Bola Keranjang Sungai Chua pada 19hb Januari 2020

Ahli Majlis Zon 8 telah mengadakan Program Pertandingan Kaligrafi Parlimen Bangi Tahun 2020  di Gelanggang Bola Keranjang Sungai Chua pada 19hb Januari 2020. YB Dr Ong Kian Ming, YB Wong Siew Ki dan Ahli Majlis Zon 8, Cik Nor Zulaila Binti Abd Ghani telah menghadiri Program Pertandingan Kaligrafi Parlimen Bangi Tahun 2020  di gelanggang bola keranjang Sungai Chua pada 19hb Januari 2020.

Seramai 100 orang peserta telah mendaftar untuk pertandingan ini. Kaligrafi Cina adalah antara kesenian yang paling tinggi diberi penghormatan dalam tamadun Cina. Ahli kaligrafi biasanya menghasilkan tulisan berkenaan menggunakan dakwat, berus di atas sehelai kertas khas menggambarkan kata-kata murni seperti kebahagiaan, ketenangan atau kekayaan yang mampu memberi semangat kepada individu. Dalam program ini, semua peserta telah menghasilkan pantun dua kerat yang melambangkan kemeriahan Tahun Baru Cina.  Makanan tengah hari disediakan untuk semua peserta.

Tetamu Khas Program : YB Dr.Ong Kian Ming, YB Wong Siew Ki dan Ahli Majlis Zon 8,
Pn. Norzulaila & Encik Vincent (Ketua Kampung Kg.Sungai Chua)
Gambar Kumpulan sebelum bersurai