Local Agenda 21 – Jahitan Beg Kitar Semula

7 Mac 2020, Sabtu

Satu Program LA21 iaitu Kelas Menjahit Beg Kitar Semula telah diadakan pada 7 Mac 2020 bermula jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari bertempat di Bilik Seminar, Dewan Sri Cempaka. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Perancang Pembangunan MPKj dan disertai oleh MPP Zon 9 dan MPP Zon 10. MPP Zon 9 telah membawa seramai 15 orang peserta. Program ini bertujuan untuk mempelajari teknik asas jahitan menjahit beg menggunakan banner terpakai.

Program Kesedaran Kebersihan Dalam Taman

29 Februari 2020, Sabtu

Satu Program Kesedaran Kebersihan Dalam Taman anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Rakan  telah diadakan di Pusat Aktiviti KRT Taman Rakan pada 29 Februari 2020  bermula 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

            Program ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kebersihan yang perlu dijaga oleh penduduk bukan sahaja di dalam kawasan rumah malah di kawasan luar rumah juga. Dengan ini dapat mewujudkan budaya serta kesedaran sivik yang perlu diberi penerangan kepada penduduk. Antara pengisian semasa program ini adalah menerangkan peranan masyarakat tentang kebersihan, keburukan berlaku kepada taman, tindakan pihak berwajib serta pameran mengenai penyakit denggi. Penganjur telah menjemput Penolong Pegawai Kebersihan Dan Persekitaran, Encik Muhammad Qamarun bin Salim dari Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam, MPKj untuk memberikan penerangan.

Edaran Limau Sempena Sambutan Tahun Baru Cina MPP Zon 9 2020

22 Februari 2020, Sabtu

Satu Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 2020 peringkat MPP Zon 9 telah diadakan di Pusat Aktiviti Kawasan rukun tetangga (KRT) Taman Rakan pada 22 Februari 2020  bermula 11.00 pagi hingga 1.00 tengah hari.

            Sambutan dimulai dengan ucapan dari ADUN Kajang, YB Hee Loy Sian kemudian penduduk dipersembahkan dengan tarian tradisi semasa sambutan Tahun Baru Cina iaitu tarian singa. Sambutan ini juga dihadiri oleh Ahli Majlis Zon 3, Cik Lim Kim Eng.

Sambutan Hari Kemerdekaan 2019

31 Ogos 2019, Sabtu

Satu Sambutan Hari Kemerdekaan 2019 yang ke 62 anjuran Rukun Tetangga  Taman Koperasi Cuepacs dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Koperasi Cuepacs dan Ahli Majlis Zon 9 telah diadakan pada 31 Ogos 2019 bertempat Padang Taman Koperasi Cuepacs. Program ini bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Seramai lebih kurang 150 orang penduduk Taman Koperasi Cuepacs, Taman Rakan, Taman Desa Baru, Taman Mewah Cheras dan Taman Lingkaran Nur hadir untuk memeriahkan program ini.

            Antara yang hadir untuk memeriahkan sambutan ini adalah Encik Shamsir bin Mat Dhaud, wakil dari  Jabatan Perpaduan Negara Dan Integriti Nasional, Wakil dari Pejabat Tanah Dan Daerah Hulu Langat, Wakil dari IPD Kajang, Ahli Majlis Zon 9 dan Pengerusi-pengerusi Taman-taman sekitar.

            Program ini bermatlamat untuk mengeratkan hubungan penduduk berbilang kaum dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan penduduk. Selain daripada itu, sambutan ini juga memupuk semangat patriotisme dalam kalangan remaja khasnya.

          

One Day Bakery Class

16 Jun 2019, Ahad

Satu Program One Day Bakery Class anjuran COMBI Taman Koperasi Cuepacs di telah diadakan di Balai Raya Taman Koperasi Cuepcas pada 16 Jun 2019 bermula jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang .Program ini dirasmikan oleh Ahli Majlis Zon 9, En. Raman A/L Elangovan.

            Seramai 50 orang penduduk Taman Koperasi Cuepacs dan Taman Rakan terutamanya kaum wanita telah mendaftar untuk menyertai kelas ini. Kursus ini bertujuan untuk memberi ilmu kepada peserta mengenai pembuatan kek dan biskut dengan menunjukkan cara-cara yang betul.

Kursus COMBI

5 Mei 2019, Ahad

Satu Kursus Community Behavior Impact atau COMBI telah diadakan pada pada 5 Mei 2019 bermula jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari .Program ini dirasmikan oleh Ahli Majlis Zon 9, En. Raman A/L Elangovan.

            Seramai 60 orang peserta terutamanya penduduk di sekitar Taman Koperasi Cuepacs dan Taman Mewah Cheras di bawah MPP Zon 9 hadir untuk memberikan kotmitmen dan kerjasama. Kursus ini anjuran bersama Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan COMBI Taman Koperasi Cuepacs.

            Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan mengenai kepentingan pembentukan komuniti dalam membasmi gejala penyakit umum dalam kalangan penduduk dan cara untuk berkomunikasi dengan berhemah antara satu sama lain dalam memerangi wabak penyakit yang semakin berleluasa iaitu dengggi.  

Kejohanan Bola Sepak Belia 2019

28 April 2019, Ahad

Satu Kejohanan Bola Sepak Belia 2019 anjuran Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Zon 9  telah diadakan di Stadium Kajang pada 28 April 2019 bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang . Ahli Majlis menghadiri program ini pada jam 12.00 tengah hari bersama YB ADUN Kajang, YB Hee Loy Sian.

 Kejohanan ini adalah penglibatan bersama PeBT Zon 10 dan Zon 15. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada belia yang ingin meluaskan bakat bermain bola sepak.

Mesyuarat Luar Biasa JMB Taman Rakan Dan Majlis Kesyukuran Menyambut Ramadan

28 April 2019, Ahad

Satu Mesyuarat Luar Biasa JMB Flat Taman Rakan Dan Majlis Kesyukuran Menyambut Ramadan  telah diadakan di perkarangan gelanggang badminton Flat Taman Rakan pada 28 April 2019 bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari . Ahli Majlis menghadiri mesyuarat ini pada jam 11.00 pagi.

 Mesyuarat Luar Biasa kali ini bertujuan untuk memberikan maklumat mengenai perjalanan JMB dari November 2018 hingga April 2019. Selain itu, semasa mesyuarat ini Ahli Jawatankuasa membangkitkan isu menggunakan petak parkir secara individu dan juga cadangan untuk meletakkan lampu jalan di sekitar kawasan flat.

Selepas mesyuarat selesai, satu jamuan makan diadakan sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan yang akan tiba.

Program Tindakan Kecemasan Bersama (ER Drill)

28 April 2019, Ahad

Satu Program Tindakan Kecemasan Bersama (ER Drill) dianjurkan oleh Balai Bomba Dan Penyelamat Kajang telah diadakan di Balai Raya Taman Koperasi Cuepacs pada 28 April 2019 bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Program ini dijalankan sepenuhnya oleh pihak bomba.

            Seramai 80 orang penduduk Taman Koperasi Cuepacs telah hadir untuk melaksanakan kempen ini yang bertujuan untuk memberi pendidikan dan pendedahan kepada penduduk tentang punca kebakaran dan cara untuk menyelamatkan diri. Penduduk juga diberi peluang untuk membuat praktikal cara memadam api menggunakan “liquid powder” dengan dengan diawasi sepenuhnya oleh pegawai bomba.

Gotng-royong Perdana Cegah Denggi Taman koperasi Cuepacs 2019

21 April 2019, Ahad

Satu program Gotong-Royong Perdana Cegah Denggi Taman Koperasi Cuepacs 2019  anjuran Persatuan Penduduk Taman Koperasi Cuepacs dengan kerjasama COMBI Taman Koperasi Cuepacs, Ahli Majlis Zon 9, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, RELA, Rukun Tetangga dan Balai Bomba Dan Penyelamat Kajang diadakan di Balai Raya Taman Koperasi Cuepcas pada 21 April 2019 bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari . Program ini telah dirasmikan oleh YB ADUN Kajang, YB Hee Loy Sian.

            Seramai 150 orang penduduk Taman Koperasi Cuepacs hadir untuk memberikan kotmitmen. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membasmi tempat pembiakan nyamuk Aedes serta membersihkan sekitar  kawasan kediaman mereka. Terdapat pengisian yang berguna semasa program ini iaitu pertandingan mengumpul sampah yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk serta pertandingan mencari jentik-jentik. Tempat pertama yang memenangi pertandingan mencari sampah adalah sebanyak 320 bekas manakala tempat pertama yang memenangi pertandingan mencari jentik-jentik adalah sebanyak 120 ekor.