Program Bantuan Prihatin COVID-19 MPP Zon 8

Penyampaian bantuan prihatin pandemik Covid-19 oleh Ahli Majlis, Pn Nor Zulaila

Program Prihatin COVID-19 MPP Zon 8 telah dijalankan pada 7hb April 2020 di Balairaya MPKK Sungai Chua. Ahli Majlis telah menyampaikan bantuan bekalan makanan kepada isi rumah yang terjejas akibat PKP di sekitar Kg Sri Jambu, Taman Muhibbah, Taman Sepakat Indah, Taman Sri Saga, Taman Sri Sg Chua & Kg Baru Sg Chua dan Taman Cheras Jaya. Lebih 400 keluarga dibekalkan bantuan bekalan makanan prihatin Covid-19.

Program Sambutan Hari Wanita 2020 Bersama Ahli Majlis Zon 8, Sungai Chua pada 8hb Mac 2020 di Pasar Pagi Sungai Chua

Pengedaran Bunga sempena Hari Wanita Sedunia

Program Sambutan Hari Wanita 2020 Bersama Ahli Majlis Zon 8, Sungai Chua pada 8hb Mac 2020 di Pasar Pagi Sungai Chua. Ahli Majlis Zon 8, Cik Nor Zulaila Binti Abd Ghani bersama Adun Balakong, YB Wong Siew Ki serta Ketua Kampung, Encik Vincent Sia telah turun ke Pasar Pagi Sungai Chua untuk mengedarkan bunga kepada wanita-wanita di Sungai Chua sempena Hari Wanita Sedunia. Jambak Bunga Ros sebanyak 500 kuntum diberikan kepada ramai wanita-wanita Sungai Chua sebagai tanda menghargai dan menghormati jasa wanita sedunia.

Bengkel Gubahan Bunga MPP Zon 8 pada 23hb Februari 2020 di Balairaya MPKK Sungai Chua

Gambar berkumpulan sebelum bengkel bermula

Pada 23hb Februari 2020, Bengkel Gubahan Bunga MPP Zon 8 telah diadakan di Balairaya MPKK Sungai Chua.seramai 20 orang peserta terdiri daripada golongan wanita dari Kampung Baru Sungai Chua telah menyertai bengkel ini. Selepas bengkel ini, berharap agar peserta boleh memulakan perniagaan dengan mengambil tempahan untuk surprise delivery, atau gubahan bunga untuk majlis-majlis rasmi atau tidak rasmi supaya dapat menjana pendapatan sambilan.

Para peserta bersama hasil tangan mereka

Program ini adalah anjuran Pejabat Ahli Majlis Zon 8 bekerjasama dengan Pejabat Parlimen Bangi, Pejabat Adun Balakong dan MPKK Kampung Baru Sungai.    

Bengkel Gubahan Bunga MPP Zon 8 pada 22hb Februari 2020 di Pusat Komuniti Taman Cheras Jaya

Gambar kumpulan sebelum mula bengkel
Cikgu Rathi bersama Ahli Majlis, Pn. Norzulaila

Industri perkhidmatan seperti perancang kejutan, gubahan bunga dan membuat hantaran semakin berkembang pesat ekoran permintaanya yang semakin meningkat. Memang wajar ramai yang mahu cuba untuk berkecimpung dalam perniagaan yang memerlukan kemahiran dan kreativiti dalam mengubah bunga. Menyedari hakikat tersebut, seseorang yang berminat untuk melakukan perniagaan ini harus menghadiri kelas gubahan bunga untuk memahirkan diri dengan reka bentuk gubahan yang pasti dapat menarik perhatian pelanggan. Gubahan bunga adalah kreativiti dan kemahiran yang sangat berbaloi untuk dimiliki terutamanya kepada suri rumah tangga.

Program ini bertujuan untuk melahirkan usahawan yang mahir di dalam gubahan bunga dan gift. Peserta telah mempelajari 2 jenis gubahan bunga dan Tips perniagaan mengikut trend masa kini. Harga tempahan mengikut nilai pasaran kini bermula daripada RM50 keatas. Usahawan yang menceburi di dalam bidang ini berpotensi untuk menjana pendapatan lumayan.

Seramai 20 orang peserta terdiri daripada golongan wanita berasal dari Taman Cheras Jaya telah menyertai bengkel ini. Selepas bengkel ini, berharap agar peserta boleh memulakan perniagaan dengan mengambil tempahan untuk surprise delivery, atau gubahan bunga untuk majlis-majlis rasmi atau tidak rasmi supaya dapat menjana pendapatan sambilan.

Hasil tangan para peserta

Program ini adalah anjuran Pejabat Ahli Majlis Zon 8 bekerjasama dengan Pejabat Parlimen Bangi, Pejabat Adun Balakong dan Persatuan Penduduk Taman Cheras Jaya.