Bengkel Gubahan Bunga MPP Zon 8 pada 22hb Februari 2020 di Pusat Komuniti Taman Cheras Jaya

Gambar kumpulan sebelum mula bengkel
Cikgu Rathi bersama Ahli Majlis, Pn. Norzulaila

Industri perkhidmatan seperti perancang kejutan, gubahan bunga dan membuat hantaran semakin berkembang pesat ekoran permintaanya yang semakin meningkat. Memang wajar ramai yang mahu cuba untuk berkecimpung dalam perniagaan yang memerlukan kemahiran dan kreativiti dalam mengubah bunga. Menyedari hakikat tersebut, seseorang yang berminat untuk melakukan perniagaan ini harus menghadiri kelas gubahan bunga untuk memahirkan diri dengan reka bentuk gubahan yang pasti dapat menarik perhatian pelanggan. Gubahan bunga adalah kreativiti dan kemahiran yang sangat berbaloi untuk dimiliki terutamanya kepada suri rumah tangga.

Program ini bertujuan untuk melahirkan usahawan yang mahir di dalam gubahan bunga dan gift. Peserta telah mempelajari 2 jenis gubahan bunga dan Tips perniagaan mengikut trend masa kini. Harga tempahan mengikut nilai pasaran kini bermula daripada RM50 keatas. Usahawan yang menceburi di dalam bidang ini berpotensi untuk menjana pendapatan lumayan.

Seramai 20 orang peserta terdiri daripada golongan wanita berasal dari Taman Cheras Jaya telah menyertai bengkel ini. Selepas bengkel ini, berharap agar peserta boleh memulakan perniagaan dengan mengambil tempahan untuk surprise delivery, atau gubahan bunga untuk majlis-majlis rasmi atau tidak rasmi supaya dapat menjana pendapatan sambilan.

Hasil tangan para peserta

Program ini adalah anjuran Pejabat Ahli Majlis Zon 8 bekerjasama dengan Pejabat Parlimen Bangi, Pejabat Adun Balakong dan Persatuan Penduduk Taman Cheras Jaya.