Program Prihatin COVID-19 Desinfeksi Kawasan MPP Zon 8

Program Prihatin COVID-19 MPP Zon 8 telah dijalankan pada 31hb Mac 2020 di pejabat Ahli Majlis Zon 8. Ahli Majlis Zon 8 telah belikan bahan peluntur untuk kegunaan desinfeksi. Proses desinfeksi dijalankan oleh pasukan Parlimen Bangi, DUN Balakong, Pejabat Ahli Majlis Zon 8, MPKK Sg Chua & Bomba Sukarela Bangi di sekitar kawasan MPP Zon 8 dan tunjuk ajar dilakukan oleh IKK Fahmi dari PKD Hulu Langat.

Bengkel Gubahan Bunga MPP Zon 8 pada 23hb Februari 2020 di Balairaya MPKK Sungai Chua

Gambar berkumpulan sebelum bengkel bermula

Pada 23hb Februari 2020, Bengkel Gubahan Bunga MPP Zon 8 telah diadakan di Balairaya MPKK Sungai Chua.seramai 20 orang peserta terdiri daripada golongan wanita dari Kampung Baru Sungai Chua telah menyertai bengkel ini. Selepas bengkel ini, berharap agar peserta boleh memulakan perniagaan dengan mengambil tempahan untuk surprise delivery, atau gubahan bunga untuk majlis-majlis rasmi atau tidak rasmi supaya dapat menjana pendapatan sambilan.

Para peserta bersama hasil tangan mereka

Program ini adalah anjuran Pejabat Ahli Majlis Zon 8 bekerjasama dengan Pejabat Parlimen Bangi, Pejabat Adun Balakong dan MPKK Kampung Baru Sungai.    

Program Pertandingan Kaligrafi Parlimen Bangi Tahun 2020 di Gelanggang Bola Keranjang Sungai Chua pada 19hb Januari 2020

Ahli Majlis Zon 8 telah mengadakan Program Pertandingan Kaligrafi Parlimen Bangi Tahun 2020  di Gelanggang Bola Keranjang Sungai Chua pada 19hb Januari 2020. YB Dr Ong Kian Ming, YB Wong Siew Ki dan Ahli Majlis Zon 8, Cik Nor Zulaila Binti Abd Ghani telah menghadiri Program Pertandingan Kaligrafi Parlimen Bangi Tahun 2020  di gelanggang bola keranjang Sungai Chua pada 19hb Januari 2020.

Seramai 100 orang peserta telah mendaftar untuk pertandingan ini. Kaligrafi Cina adalah antara kesenian yang paling tinggi diberi penghormatan dalam tamadun Cina. Ahli kaligrafi biasanya menghasilkan tulisan berkenaan menggunakan dakwat, berus di atas sehelai kertas khas menggambarkan kata-kata murni seperti kebahagiaan, ketenangan atau kekayaan yang mampu memberi semangat kepada individu. Dalam program ini, semua peserta telah menghasilkan pantun dua kerat yang melambangkan kemeriahan Tahun Baru Cina.  Makanan tengah hari disediakan untuk semua peserta.

Tetamu Khas Program : YB Dr.Ong Kian Ming, YB Wong Siew Ki dan Ahli Majlis Zon 8,
Pn. Norzulaila & Encik Vincent (Ketua Kampung Kg.Sungai Chua)
Gambar Kumpulan sebelum bersurai

Program Gotong-Royong Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2020 Dan Menanam Pokok Bunga pada 10hb Januari 2020 di Kampung Baru Sungai Chua

Ahli Majlis Zon 8 telah mengadakan Program Gotong-Royong Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2020  Dan Menanam Pokok Bunga pada 10hb Januari 2020 di Kampung Baru Sungai Chua. Selepas pembersihan gotong -royong, penduduk setempat menanam pokok bunga sekitar Balairaya MPKK Kampung Baru Sungai Chua. Semua penduduk Kampung Baru Sungai Chua telah bergiat aktif dalam program gotong-royong ini. Makanan tengah hari disediakan untuk semua orang yang membantu dalam kerja-kerja penanaman anak pokok bunga sekitar Balairaya MPKK Kampung Baru Sungai Chua.

Ahli Majlis Zon 8, Pn.Norzulaila sedang membersihkan sampah dalam longkang.
Kerja-kerja gotong-royong sedang dijalankan.