Bengkel Seni Mempertahankan Diri Wanita

Bengkel Seni Mempertahankan Diri Wanita telah berlangsung pada 3 November 2019 bertempat di Dewan Tmn Titiwangsa Hulu Langat dengan kerjasama PWB Dusun Tua. Bermula jam 9.00 pagi dan dihadiri oleh YB Datuk Ust Hasanuddin Mohd Yunus, Ahli Parlimen Hulu Langat. Anggaran penyertaan adalah sebanyak 50 orang. Program ini bertujuan untuk memperkenalkan konsep bela diri terutamanya kepada wanita.