Kejohanan liga bolasepak jemputan veteran piala Dato’ OBD

Kejohanan liga bolasepak jemputan veteran piala Dato’ OBD telah berlangsung pada 6 September 2020 bertempat di Padang Awam Batu 14 Hulu Langat. Bermula jam 8.00 pagi dan turut dihadiri oleh En. Norazam selaku pengerusi Kelab Bola Sepak EVE.

Anggaran penyertaan adalah sebanyak 100 orang. Kejohanan ini berjaya mendapat sambutan daripada orang ramai yang telah sekian lama tidak dapat menyertai pelbagai aktiviti sukan.