Operasi Pembersihan Bersepadu Majlis Perbandaran Kajang(MPKj)

4 Mac 2021

Operasi Pembersihan Bersepadu Majlis Perbandaran Kajang(MPKj) telah diadakan pada 4 Mac 2021 bermula jam 9 pagi. Operasi ini melibatkan kawasan perindustrian Taman Alam Jaya dan Taman Emas yang terletak di bawah Zon 2 MPKj.

Antara jabatan-jabatan di dalam MPKj yang terlibat adalah Jabatan Kawalan Bangunan,Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan,Jabatan Penguatkuasaan dengan kerjasama KDEB Waste Management dengan penglibatan kira-kira anggota 100 orang.

Menurut Ahli Majlis Zon 2 MPKj,En Farhan Haziq bin Mohamed,tujuan operasi ini diadakan adalah untuk membersihkan longkang-longkang yang tersumbat dengan sampah sarap tersumbat sehingga menyebabkan air tidak mengalir sekaligus menimbulkan bau busuk serta operasi merobohkan binaan haram di hadapan kedai-kedai di sekitar kawasan perindustrian ini.

Operasi ini adalah merupakan salah satu daripada usaha untuk menjadikan kawasan perindustrian di Taman Alam Jaya dan Taman Emas ini sebagai satu tempat yang bersih,selamat dan mesra pengguna.