28 Mac 2021
Pada Ahad,28 Mac 2021, Ahli Majlis Zon 2 MPKj dengan kerjasama Persatuan Penduduk Sunway Cheras telah menganjurkan satu Program Gotong-Royong Pembersihan Taman Sunway Cheras bertempat di Taman Sunway Cheras.
Program gotong – royong yang bermula seawal 8.30 pagi ini diadakan adalah bertujuan untuk membersihkan kawasan sekitar dan juga kolam rekreasi yang terdapat di dalam taman ini.
Menurut Encik Farhan Haziq bin Mohamed selaku Ahli Majlis Zon 2 MPKj, walaupun negara kita masih dilanda pandemik Covid-19, namun perkara tersebut tidak menghalang penduduk di sini daripada sama-sama keluar membersihkan kawasan tempat tinggal mereka sambil mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Sikap ambil peduli terhadap kawasan sekitar mereka ini perlu dicontohi oleh semua masyarakat yang ada di dalam Zon 2 khususnya. Secara keseluruhannya,program ini telah berjaya.



