Kempen Kumpul Minyak Masak Terpakai

Kempen Kumpul Minyak Masak Terpakai
Puan Fizura Hanim Binti Omar, Ahli Majlis Zon 14, Majlis Perbandaran Kajang, menuang minyak masak terpakai ke dalam tong minyak untuk dikitar semula.

Satu program Kempen Kumpul Minyak Masak Terpakai telah dilaksanakan pada 08 Januari 2022 bermula jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari yang bertempat di Taman Belia, Sungai Kantan

Program ini dijalankan secara fizikal di mana ianya adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa dengan cara membuang minyak masak terpakai dengan betul, pencemaran alam sekitar dapat dikurangkan. Selain itu, terdapat beberapa pertandingan yang dijalankan serentak pada hari yang sama. Antara pertandingan yang dijalankan adalah pertandingan mewarna, pertandingan meneka berat buah dan juga pertandingan meneka bilangan gula-gula dalam balang. Seterusnya, Ahli Majlis hadir untuk merasmikan kempen ini dan memberi botol kepada pengunjung. Ahli Majlis juga menyampaikan hadiah kepada para pemenang.  Wakil-wakil daripada Carboot Sales dan juga Pertubuhan DEWI turut membantu dalam pelaksanaan program ini. Program ini telah mengikut SOP yang ditetapkan seperti penjarakkan fizikal 1 meter, memakai pelitup muka serta mengimbas suhu dan aplikasi MySejahtera. Diharapkan program sebegini boleh dijalankan lagi pada masa akan datang.