Sambutan Hari Bapa – Rawatan Kiropraktik

Sempena Sambutan Hari Bapa pada minggu ini, Ahli Majlis telah menganjurkan program untuk kaum bapa yang telah bertungkus lumus berpenat lelah keluar mencari rezeki bagi keluarga iaitu rawatan kiropraktik yang mendapat kerjasama dengan Ustaz Arif Terapi. Antara manfaat rawatan kiropraktik boleh membantu mengurangkan sakit belakang dan sesuai untuk kaum bapa yang mengalami slipped disc, sakit pinggang dan lumpuh. Seramai 20 orang penerima rawatan telah hadir di Balai Raya MPKK Kg. Bt 13 pada 18 Jun 2022 bagi mendapatkan rawatan ini secara percuma dari Ahli Majlis Zon 9.