SUKMES MPKj MPP Zon 9 Siri 2/2022

Sukan Mesra atau SUKMES ada program yang diajurkan oleh Unit Komuniti, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Majlis Perbandaran Kajang dengan kerjasama 24 Zon MPP. SUKMES MPP Zon 9 telah diadakan di Stadium Kajang pada 23 Julai 2022 dengan penglibatan seramai 70 peserta dari pelbagai taman dan JMB dari MPP Zon 9.

Program bermula dengan senamaerobik seterusnya acara kana-kanak dimulakan diikuti dengan remaja dan dewasa, bergilir-gilir antara lelaki dan perempuan sebanyak 3 pusingan. Antara acara yang dipertandingkan adalah puspawangi, menara kuala lumpur, bekam angin, tangan emas, piramid cawan, kren belon, tapak berantai, teman tapi mesra dan bola kereta api. Program ini berakhir pada jam 1.00 petang dengan membewa beberapa hadiah kemenangan.