Program Gotong-royong Cegah Denggi

Program Gotong-royong cegah denggi telah berlangsung pada 24 Julai 2022 bertempat di Taman Pinggiran Delima Hulu Langat. Bermula jam 8.30 pagi dan dihadiri oleh En. Rashid selaku ketua Kampung Batu 13 dan juga Puan Zaharah (Pengerusi KRT Tmn Pinggiran Delima). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 100 orang. Ia melibatkan kesemua blok perumahan di taman ini sebanyak 8 blok perumahan.

Progam ini dilaksanakan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan mensasarkan untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes. Program ini bertujuan membersihkan kawasan persekitaran taman dari tempat pembiakan nyamuk Aedes dan sekaligus menghapuskan Denggi. Peralatan dan Jamuan makan disediakan bagi melancarkan lagi program ini. Program berakhir kira-kira jam 2 petang dengan mencapai objektif pembersihan yang diharapkan.

Y.B. Ustaz Datuk Hasanuddin Mohd Yunus selaku Ahli Parlimen Hulu Langat dan isteri turut hadir memberikan sokongan dan sedikit sumbangan kepada program gerak kerja gotong-royong yang dijalankan.