Kempen Bayar Cukai Taksiran Dan Kompaun MPP Zon 9

Sempena Sambutan Jubli Perak Yang Ke-25, Majlis Perbandaran Kajang, Bahagian Hasil, Jabatan Perbendaharaan MPKj mengambil inisiatif melaksanakan Kempen Bayar Cukai Taksiran Dan Kompaun di semua 24 Zon MPP. Pada 14 Ogos 2022, kaunter bergerak Bahagian Hasil telah hadir di Taman Rakan bagi memberi peluang kepada penduduk di MPP Zon 9 menjelaskan cuai taksiran dan kompaun tanpa perlu hadir ke MPKj serta mendapatkan cenderahati menarik bagi 20 pengunjung terawal.