Karnival Sukan Merdeka 2022 (Takraw dan Futsal)

Karnival sukan merdeka 2022 (Takraw dan Futsal) telah berlangsung pada 28 Ogos 2022 bertempat di Dewan Batu 16 Dusun Tua / Gelanggang futsal Tmn. Desa Sentosa. Bermula jam 9.00 pagi dan dihadiri oleh En Md Gadapi Bin Ahmad Harmain (Ketua Kampung).

Anggaran penyertaan adalah sebanyak 100 orang. Program ini dianjurkan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan yang ke-65 dengan menyasarkan anak-anak muda. Terdapat 2 permainan sukan yang dilaksanakan iaitu pertandingan sepak takraw dan futsal penalti. Program mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat. Majlis berakhir kira-kira jam 3 petang dengan penyerahan hadiah kepada pemenang.