PROGRAM ASPRESIASI MPP ZON 17 MPKj & SUKARELAWAN AWANQASEH BANGI

Pejabat Ahli Majlis Zon 17 telah menganjurkan Program Aspresiasi MPP Zon 17 MPKj & Sukarelawan AwanQaseh Bangi pada 3 Disember 2022 bertempat di Restoran Al Diafah, Bandar Baru Bangi. Ia juga merupakan salah satu aktiviti tahunan khusus untuk mengiktiraf, menghargai pencapaian dan penglibatan para Ahli Jawatankuasa Majlis Persatuan Penduduk (MPP) serta skuad sukarewalan yang telah banyak menyumbang jasa dan keringat bakti sepanjang tahun 2022.  Di samping itu, majlis ini juga bertujuan untuk melahirkan semangat kekeluargaan dan memupuk perpaduan antara satu sama lain.

Program ini dimulakan dengan ucapan penghargaan oleh Puan Rozeeta Binti Ramli selaku Ahli Majlis Zon 17. Beliau menyatakan ucapan terima kasih kepada semua yang membantu dan memberi komitmen dalam menjayakan program-program yang  dianjurkan oleh Ahli Majlis Zon 17.

Ahli Majlis 16 & 18 juga turut memberi ucapan ringkas.  Ucapan penutup oleh YB Tuan Haji Mazwan Bin Johar yang menyeru agar kerjasama yang terjalin dapat diteruskan dan dipereratkan pada masa akan datang. Seramai 40 orang yang hadir termasuk staf Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sg. Ramal dan majlis ini berakhir kira-kira jam 2.00 petang.

Turut hadir memeriahkan majlis ini dengan kehadiran YB Parlimen Bangi iaitu YB Syahredzan Bin Johan serta isterinya. Seramai 40 orang yang hadir termasuk staf Pusat Khidmat Masyarakat Dun Sg. Ramal dan majlis ini berakhir kira-kira jam 2.00 petang.