Kejohanan bola sepak 9 sebelah Piala Perpaduan

Kejohanan bola sepak 9 sebelah Piala Perpaduan telah berjaya diadakan pada 5 Mac 2023 di Padang IKTBN Dusun Tua. Program yang bermula pada jam 9.00 pagi ini dihadiri oleh En. Mohd Hasbullah bin Abu Seman selaku Ahli Jawatankuasa Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 1 dan sebanyak 100 orang peserta turut serta dalam program ini.

Tujuan program ini adalah untuk mempromosikan perpaduan antara penduduk di kawasan Dusun Tua melalui sukan bola sepak. Setiap pasukan bola sepak terdiri daripada 9 orang pemain dan kejohanan ini menggunakan format perlawanan liga dan kalah mati.

Setiap pasukan bermain dengan penuh semangat dan keazaman untuk memenangi kejohanan ini. Pertandingan bola sepak yang sangat sengit ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para penonton. Pemain-pemain bola sepak turut dihidangakan dengan jamuan makan dan air minum percuma.

Program Kejohanan bola sepak 9 sebelah Piala Perpaduan berakhir kira-kira jam 6 petang dengan ucapan terima kasih dari En. Mohd Hasbullah kepada semua peserta yang telah menyumbangkan tenaga dan usaha dalam menjayakan program ini.