Pertandingan sepak takraw tertutup Penduduk Taman Perkasa

Pertandingan sepak takraw tertutup Penduduk Taman Perkasa telah berlangsung pada 20 Januari 2019 bertempat di Gelanggang takraw Tmn Perkasa. Bermula jam 9.00 pagi dan dihadiri oleh Tn Haji Yusof Manan (Ketua Kampung Dusun Nanding). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 50 orang. Program ini bertujuan untuk mendekatkan penduduk setempat antara satu sama lain melalui aktiviti sukan

Gotong-royong membersihkan dewan orang ramai Kg. Sg. Tekali

Gotong-royong membersihkan dewan orang ramai Sg. Tekali telah berlangsung pada 6 Januari 2019 bertempat di Dewan Orang Ramai Sg. Tekali. Bermula jam 9.00 pagi dan dihadiri oleh En Amran Ahmad (Ketua Kampung Sg. Tekali). Anggaran penyertaan adalah sebanyak 10 orang. Program ini bertujuan membersihkan kawasan dewan dan persekitaran serta melupuskan barangan terpakai daripada program dan aktiviti terdahulu