MAJLIS PERWAKILAN
PENDUDUK MPKj

Majlis Perbandaran Kajang

Program Ibadah Bulan Muharram 1446 Hijrah

Program Ibadah Bulan Muharram 1446 Hijrah telah berlangsung pada 7 Julai 2024 di Pusat NADI Taman Pinggiran Delima. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dan dihadiri oleh Hajah Paridah Bahari, Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (PPP) Cawangan Hulu Langat.

Alhamdulillah, program berjalan lancar dengan aktiviti utama iaitu bacaan Yassin 7 Mubin yang dipimpin oleh Ustazah Nawiyah Abu. Beliau juga mengetuai bacaan doa dan berselawat, yang disertai oleh semua peserta. Kehadiran peserta melebihi jangkaan, dengan seramai 56 orang dari kalangan ahli PPP Cawangan Pekan Langat, kumpulan Marhaban Nurul Iman, ahli senam sihat Nanding, peserta kumpulan ngaji SQ berhampiran, serta sahabat-sahabat sekitar yang dijemput.

Selain itu, program juga termasuk aktiviti memasak bubur lambuk di luar kawasan rumah pengerusi di Gahal Jaya, yang kemudian diagihkan kepada peserta dan jiran-jiran berhampiran. Memandangkan ramai yang berpuasa, sarapan berbentuk pek roti dan air botol serta cenderahati diberikan semasa pendaftaran. Peserta juga membawa pulang bubur lambuk sebagai bekalan berbuka puasa.

Semua peserta mendapat manfaat dari ilmu motivasi pagi yang dikongsikan, dengan kegembiraan yang jelas terpancar di wajah mereka. Program berakhir kira-kira jam 12 tengah hari.

Lagi Aktiviti Dari Zon Anda

merdeka

Gotong-royong merdeka – 17 Ogos 2025

merdeka

Gotong-royong merdeka – 17 Ogos 2025

bola

Program pertandingan sepak bola penalti Merdeka – 17 Ogos 2025

bola

Program pertandingan sepak bola penalti Merdeka – 17 Ogos 2025

ceria

Gotong-royong keceriaan – 17 Ogos 2025

ceria

Gotong-royong keceriaan – 17 Ogos 2025

Aktiviti Dari Semua Zon

sambuatan Hari Raya

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERSATUAN PENDUDUK TAMAN TASIK SEMENYIH

sambuatan Hari Raya

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA PERSATUAN PENDUDUK TAMAN TASIK SEMENYIH

image

TAMIYA TRACK KING MPP ZON 23

image

TAMIYA TRACK KING MPP ZON 23

PROGRAM ‘SUPER LADIES DAY OUT’

PROGRAM ‘SUPER LADIES DAY OUT’