Majlis Khatam Al-Quran wanita telah berlangsung pada 18 Mac 2025 bertempat di Surau Muqarrabin, Taman Perkasa Hulu Langat.
Bersempena dengan sambutan Nuzul Al-Quran, satu program keagamaan telah dianjurkan dengan kehadiran yang sangat memberangsangkan, iaitu lebih daripada 150 orang muslimat yang turut serta dalam majlis penuh keberkatan ini.
Majlis dimulakan dengan bimbingan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Ustazah Ruzana Natiah, yang membimbing para hadirin dengan penuh hikmah dan tertib. Seterusnya, sesi tadabbur Al-Quran telah dipimpin oleh Ustazah Hidayah Hasyim, yang menyampaikan penghayatan terhadap maksud dan pengajaran daripada ayat-ayat yang dibaca, menyentuh hati para peserta dan menambah kefahaman serta kecintaan terhadap kitab suci Al-Quran.
Pihak penganjur merakamkan ucapan Jazakumullahu khairan kathira kepada pihak Ahli Majlis dan wakil Parlimen yang turut membantu menjayakan program ini, khususnya dalam penyediaan cenderahati kepada para hadirin.
Program ini bukan sahaja memperingati peristiwa penurunan Al-Quran, tetapi juga berjaya menyemarakkan lagi semangat ukhuwah dan penghayatan Islam dalam kalangan muslimat yang hadir. Semoga majlis seumpama ini terus dianjurkan dan mendapat keberkatan Allah SWT.




