MAJLIS PERWAKILAN
PENDUDUK MPKj

Majlis Perbandaran Kajang

Gotong-royong Pembersihan Sisa Kebakaran Rumah

HULU LANGAT, 7 FEBRUARI 2026 – Kira-kira 10 orang penduduk Blok D Taman Impian Warisan telah menghadiri Gotong-Royong Pembersihan Sisa Kebakaran yang berlangsung di rumah B108 Taman Impian Warisan pada jam 8.30 pagi.

Majlis ini telah dihadiri oleh En Md Ropi selaku Pengerusi JMB Blok D serta penduduk sekitar. Program gotong-royong ini merupakan anjuran bersama penduduk setempat bagi membersihkan sisa sampah akibat rumah terbakar pada 1 Februari 2026 yang lalu.

Program ini mendapat tajaan sewaan Roro daripada MPP Zon 1, yang turut menyumbang kepada kelancaran majlis. Kerja pembersihan telah dijalankan oleh semua hadirin yang terdiri daripada penduduk sekitar Taman Impian Warisan.

Majlis berlangsung dalam suasana penuh keakraban dan kerjasama, bermula dengan taklimat ringkas, diikuti kerja pembersihan dan pengangkutan sisa kebakaran. Program berakhir kira-kira jam 12.00 tengah hari.

checked by admin jkm

Lagi Aktiviti Dari Zon Anda

khatam

Majlis khatam Al-Quran – 12 Disember 2025

khatam

Majlis khatam Al-Quran – 12 Disember 2025

Aktiviti Dari Semua Zon

MAJLIS PERASMIAN MASJID PRIMA SAUJANA

MAJLIS PERASMIAN MASJID PRIMA SAUJANA

Program Hari Kesihatan Komuniti

PROGRAM HARI KESIHATAN KOMUNITI

Program Hari Kesihatan Komuniti

PROGRAM HARI KESIHATAN KOMUNITI

PROGRAM SENYUM SYAWAL: SUMBANGAN KUIH RAYA

PROGRAM SENYUM SYAWAL: SUMBANGAN KUIH RAYA