MAJLIS PERWAKILAN
PENDUDUK MPKj

Majlis Perbandaran Kajang

Majlis Berbuka Puasa Taman Desa Raya

HULU LANGAT, 21 FEBRUARI 2026 – Kira-kira 60 orang penduduk Taman Desa Raya telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa yang berlangsung di surau Taman Desa Raya pada jam 7.00 malam.

 

Majlis ini telah dihadiri oleh Pengerusi Surau Taman Desa Raya serta barisan Ahli Jawatankuasa surau. Program berbuka puasa ini merupakan anjuran bersama penduduk setempat sempena bulan Ramadan yang mulia.

Program ini mendapat tajaan berbuka puasa selama 2 hari daripada MPP Zon 1, yang turut menyumbang kepada kelancaran majlis. Juadah berbuka puasa telah disediakan kepada semua hadirin yang terdiri daripada penduduk sekitar Taman Desa Raya.

Majlis berlangsung dalam suasana penuh keakraban dan keberkatan, bermula dengan persiapan berbuka, diikuti azan Maghrib, berbuka puasa bersama, seterusnya solat Maghrib berjemaah. Program berakhir kira-kira jam 9.30 malam selepas solat Isyak dan Terawih.

checked by admin jkm

Lagi Aktiviti Dari Zon Anda

GOTONG-ROYONG KECERIAAN TAMAN LESTARI INDAH

GOTONG-ROYONG KECERIAAN TAMAN LESTARI INDAH

MAJLIS RAMAH MESRA SEMPENA PERAYAAN PONGGAL

MAJLIS RAMAH MESRA SEMPENA PERAYAAN PONGGAL

Gotong-royong Pembersihan Sisa Kebakaran Rumah

Gotong-royong Pembersihan Sisa Kebakaran Rumah

Aktiviti Dari Semua Zon

GOTONG-ROYONG KECERIAAN TAMAN LESTARI INDAH

GOTONG-ROYONG KECERIAAN TAMAN LESTARI INDAH

MAJLIS RAMAH MESRA SEMPENA PERAYAAN PONGGAL

MAJLIS RAMAH MESRA SEMPENA PERAYAAN PONGGAL

xzxb

xzxb