
Penyertaan terbuka kepada kediaman/perumahan yang berada dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).
Terdapat lima kategori dipertandingkan meliputi perumahan berkembar (semi-detached) dan rumah banglo, perumahan teres, perumahan bertingkat kos tinggi, perumahan bertingkat kos sederhana dan perumahan bertingkat kos rendah.
Hadiah menarik menanti para pemenang berupa wang tunai berserta sijil penyertaan termasuk hadiah berbentuk aset peralatan teknologi kepada pemenang tempat pertama bagi setiap kategori.
Penyertaan dibuka bermula 8 Jun 2026 dan tarikh tutup penyertaan pada 29 Jun 2026. Setiap permohonan hendaklah dikemukakan melalui Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk.
Pautan borang penyertaan dan kriteria pemarkahan https://drive.google.com/file/
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi pihak urus setia melalui talian 014-5328494 (Puan Noor Aida) atau 012-3385768 (Encik Abbas).