SAMBUTAN TAHUN BARU CINA ZON 9

Sambutan Tahun Baru Cina anjuran MPP Zon 9 telah berlangsung dengan meriah pada 1 Mac 2026 di Gelanggang Bola Keranjang Sungai Chua. Majlis ini menghimpunkan penduduk setempat daripada pelbagai latar belakang untuk bersama-sama meraikan perayaan dalam suasana harmoni dan penuh muhibah. Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan, termasuk persembahan kebudayaan, jamuan makan dan sesi ramah mesra. […]