MAJLIS PERWAKILAN
PENDUDUK MPKj

Majlis Perbandaran Kajang

Program Kem Ulul Albab Al-Quran Mpp Zon 18 – 19/2/2024- 22/2/2024

kem

Pada 19 Februari 2024 hingga 22 Februari 2024 telah berlangsung dengan jayanya program Kem Ulul Albab Al-Quran yang bertempat di Pusat Komuniti  Ikram Kajang. Program ini adalah anjuran Mpp Zon 18 dengan kerjasama Wanita Ikram Kajang dan Ikram Junior Kajang.

         Seramai 51 peserta terdiri daripada anak-anak  yang berusia 9 hingga 13 tahun telah menyertai program ini. Sepanjang program, peserta mendapat bimbingan teknik hafazan Al-quran yang betul mengikut sesi hafazan dan tadabbur Al-Quran dallam bentuk yang menyeronakkan di bawah bimbingan 5 Mualimah dari latar belakang tahfiz.

         Sesi paling mendapat sambutan ialah “Tebuk Al- Quran ala Qawiyaro” di mana para pesertadicabar menyambung ayat al-quran secara rawak dan mendapat ganjaran wang tunai jika berjaya.

         Majlis penutup tambah meriah dengan kehadiran Ahli Majlis Encik Ramadhan Bin Mohd Lotphi dan Timbalan Ketua Wanita Ikram Kajang Puan Aziah Binti Aziz. Para peserta seronok dan bersemangat sepanjang mengikut program tersebut. Semoga program ini dapat menyuburkan lagi rasa cinta kepada Al-Quran di hati para peserta.

          Pejabat Ahli Majlis telah menggunakkan peruntukan sebanyak RM2350.00 untuk program ini.

 

Lagi Aktiviti Dari Zon Anda

belia

PERLAWANAN BOLA SEPAK PERSAHABATAN BELIA MPP ZON 18 MPKj – 17/2/2024 & 24/2/2024

belia

PERLAWANAN BOLA SEPAK PERSAHABATAN BELIA MPP ZON 18 MPKj – 17/2/2024 & 24/2/2024

e

Jelajah Ehsan Rahmah – 24 Januari 2024

e

Jelajah Ehsan Rahmah – 24 Januari 2024

ukm

MAJLIS PENGHARGAAN PELAJAR CEMERLANG MAHASISWA PENGAJIAN ISLAM UKM – 18/1/2024

ukm

MAJLIS PENGHARGAAN PELAJAR CEMERLANG MAHASISWA PENGAJIAN ISLAM UKM – 18/1/2024

Aktiviti Dari Semua Zon

xzxb

xzxb

KELAS DEMO SULAMAN ARI (ARI DESIGN DEMO CLASS)

KELAS DEMO SULAMAN ARI (ARI DESIGN DEMO CLASS)

Majlis Berbuka Puasa Taman Desa Raya

Majlis Berbuka Puasa Taman Desa Raya