MAJLIS PERWAKILAN
PENDUDUK MPKj

Majlis Perbandaran Kajang

Gotong-royong keceriaan- 23 Februari 2025(Taman Desa Raya Hulu Langat)

ceria

Pada 23 Februari 2025, satu program Gotong-Royong Keceriaan telah berlangsung di Taman Desa Raya, Hulu Langat. Program ini bermula seawal jam 8.00 pagi dan dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat. Anggaran penyertaan adalah seramai 40 orang yang terdiri daripada penduduk setempat serta sukarelawan.

Aktiviti dan Persiapan:

✔ Jamuan dan peralatan telah disediakan bagi memastikan kelancaran program.

✔ Sewaan mesin gergaji bertantai digunakan untuk menebang pokok yang berisiko.

✔ Pembersihan kawasan dalaman dan luaran surau turut dijalankan bagi memastikan kebersihan tempat ibadah terjaga.

✔ Tambahan lori RORO diperlukan kerana jumlah sampah yang dikutip melebihi jangkaan.

Gotong-royong ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan baik daripada peserta. Program ini berakhir kira-kira jam 2.00 petang dengan kejayaan mencapai objektif utama iaitu menceriakan serta membersihkan kawasan persekitaran.

Semoga usaha murni seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi kesejahteraan dan kebersihan komuniti

Lagi Aktiviti Dari Zon Anda

ukhuwah

Program Iftar Sakinah Meraikan Kebersamaan, Mengeratkan Ukhuwah – 20 Mac 2022

ukhuwah

Program Iftar Sakinah Meraikan Kebersamaan, Mengeratkan Ukhuwah – 20 Mac 2022

Aktiviti Dari Semua Zon

xzxb

xzxb

KELAS DEMO SULAMAN ARI (ARI DESIGN DEMO CLASS)

KELAS DEMO SULAMAN ARI (ARI DESIGN DEMO CLASS)

Majlis Berbuka Puasa Taman Desa Raya

Majlis Berbuka Puasa Taman Desa Raya