MAJLIS PERWAKILAN
PENDUDUK MPKj

Majlis Perbandaran Kajang

PROGRAM PENGAJIAN AL-QURAN MPP ZON 18 MPKj – 24/2/2024 (Setiap Sabtu)

quran

Pada 24 Februari 2024 program Pengajian Al-Quran Mpp Zon 18 MPKj pada pukul 5 petang hingga 7 mlm. Program ini bertempat di Surau Al-Hamidiah Kg Bahagia. Seramai 40 para peserta yang telibat.

Program ini kerjasama diantara Pejabat Ahli Majlis Zon 18, dan MPKK Kampung Bahagia. Program ini bermula dari 24 Februari 2024 dan berlangsung setiap hari sabtu.

Sepanjang program ini berjalan, ruang masa kami dipenuhi dengan Kelas Pembacaan Al-Quran dan Kelas Pengajian Tajwid. Selain itu, program ini dapat memupuk minat peserta mendalami ilmu agama. 

Justeru itu, dapat mengimarahkan aktiviti surau dan dapat mengiratkan silaturrahim antara peserta bersama para ustaz. Sepanjang program ini berlangsung, para peserta mendapat bimbingan teknik hafazan Al-Quran yang betul. Para peserta seronok dan bersemangat sepanjang mengikuti program tersebut. Semoga program ini, dapat menyuburkan lagi rasa minat dalam mengaji Al-Quran.

Mempelajari ilmu Al-Quran adalah Fardhu Kifayah tetapi mempelajari Al-Quran secara bertajwid adalah Fardhu Ain iaitu wajib bagi setiap umat Islam. Daripada Abu Musa Al Asy’ari r.a. telah berkata : Rasulullah S.A.W. bersabda : “Umpama orang mukmin yang membaca Al-Quran seperti buah Utrujjah (seperti limau besar) baunya wangi dan rasanya sedap. Umpama orang mukmin yang tidak membaca Al-Quran seperti buah tamar tidak ada bau dan rasanya manis, dan umpama orang munafik yang membaca Al-Quran seperti Raihanah (sejenis pokok) baunya wangi dan rasanya pahit dan umpama orang munafik yang tidak membaca Al- Quran seperti buah labu yang tiada bau dan rasanya pahit”. (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Lagi Aktiviti Dari Zon Anda

belia

PERLAWANAN BOLA SEPAK PERSAHABATAN BELIA MPP ZON 18 MPKj – 17/2/2024 & 24/2/2024

belia

PERLAWANAN BOLA SEPAK PERSAHABATAN BELIA MPP ZON 18 MPKj – 17/2/2024 & 24/2/2024

e

Jelajah Ehsan Rahmah – 24 Januari 2024

e

Jelajah Ehsan Rahmah – 24 Januari 2024

ukm

MAJLIS PENGHARGAAN PELAJAR CEMERLANG MAHASISWA PENGAJIAN ISLAM UKM – 18/1/2024

ukm

MAJLIS PENGHARGAAN PELAJAR CEMERLANG MAHASISWA PENGAJIAN ISLAM UKM – 18/1/2024

Aktiviti Dari Semua Zon

xzxb

xzxb

KELAS DEMO SULAMAN ARI (ARI DESIGN DEMO CLASS)

KELAS DEMO SULAMAN ARI (ARI DESIGN DEMO CLASS)

Majlis Berbuka Puasa Taman Desa Raya

Majlis Berbuka Puasa Taman Desa Raya