MAJLIS PERWAKILAN
PENDUDUK MPKj

Majlis Perbandaran Kajang

Pertandingan masakan wanita dan mesyuarat tahunan

masak

Program Pertandingan Masakan Wanita dan Mesyuarat Tahunan telah berlangsung dengan meriah pada 2 Februari 2025 bertempat di Kompleks Penghulu Batu 14, Hulu Langat. Majlis yang bermula pada pukul 2.30 petang ini dihadiri oleh lebih 50 orang peserta, melebihi jangkaan awal sebanyak 40 orang.

Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Kampung Batu 13, Encik Abdul Rashid bin Ahmad. Beliau menyatakan penghargaan terhadap sumbangan wanita dalam memajukan komuniti dan menggalakkan lebih banyak program seumpama ini diadakan pada masa akan datang.

Pertandingan yang diadakan termasuk pertandingan karangan, jahitan, seni, dan masakan. Semua peserta menunjukkan bakat yang mengagumkan, dan pemenang tempat pertama hingga ketiga menerima hadiah masing-masing dengan penuh puas hati.

Jamuan petang yang dihidangkan termasuk bubur lambuk, meehoon, dan kuih-muih tradisional turut menambah kemeriahan majlis. Program diakhiri dengan doa, cabutan bertuah, dan penyampaian hadiah yang berjalan lancar sebelum waktu Asar.

Kejayaan program ini bukan sahaja mencerminkan semangat kerjasama yang erat tetapi juga mengukuhkan hubungan ukhwah antara peserta. Majlis berakhir pada pukul 4.30 petang dengan suasana penuh kemesraan dan bermaafan sebelum bersurai.

Lagi Aktiviti Dari Zon Anda

bergu

Kejohanan Badminton Bergu MPP Zon 1- 1 November 2025

bergu

Kejohanan Badminton Bergu MPP Zon 1- 1 November 2025

dance

Program “Dance Line Fitness”- 4, 11, 18 dan 25 Oktober 2025

dance

Program “Dance Line Fitness”- 4, 11, 18 dan 25 Oktober 2025

Sukaneka

Program Sukaneka Kita Malaysia Merdeka

Sukaneka

Program Sukaneka Kita Malaysia Merdeka

Aktiviti Dari Semua Zon

PROGRAM JELAJAH SEJUTA HARAPAN

PROGRAM JELAJAH SEJUTA HARAPAN

GOTONG-ROYONG KECERIAAN TAMAN INDAH JAYA

GOTONG-ROYONG KECERIAAN TAMAN INDAH JAYA

PERTANDINGAN GUBAHAN BUNGA KAIT

PERTANDINGAN GUBAHAN BUNGA KAIT