Pada 2 Februari 2025 bermula jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari telah diadakan program Sepagi bersama Super Mommy & Granny bertempat di Balai raya Kampung Sungai Tangkas.
Program ini turut di hadiri oleh Tuan Haji Mazwan Johar bersama En Ramadhan untuk merasmikan program “Sepagi Bersama Super Mommy & Granny”. Pada zaman kini adalah zaman dimana perubahan berlaku dengan pantas dan jangka pendek.
Pelbagai peringkat umur dari kecil hinggalah dewasa dan peringkat warga emas. Pastinya merasai perubahan persekitaran, amalan gaya hidup seharian dan pelbagai lagi. Antara contoh, zaman kini ramai ibu bapa muda bekerja. Dalam masa yang sama ada yang menghantar anak-anak mereka ke pusat asuhan atau kepada atok, nenek, opah apabila musim cuti persekolahan.
Antara cabaran mengasuh yang sering berlaku era kini adalah cucu yang mahir bertutur bahasa Inggeris. Oleh dari itu, keperluan bertutur Bahasa Inggeris juga di perlukan buat golongan atok, nenek, opah pada zaman ini.
Oleh demikian bengkel ini diwujudkan khas buat warga emas yang bergelar nenek, opah dan sebagainya sebagai pendedahan untuk menyusuaikan diri dari pelbagai spektif selari dengan era perubahan kini.
Pejabat Ahli Majlis Zon 18 telah menggunakan peruntukkan sebanyak RM500 untuk menjayakan program.
