MAJLIS PERWAKILAN
PENDUDUK MPKj

Majlis Perbandaran Kajang

KELAS DEMO SULAMAN ARI (ARI DESIGN DEMO CLASS)

Program Kelas Demo Sulaman Ari telah berlangsung pada 8 Mac 2026 (Ahad) bersempena sambutan Hari Wanita. Program ini diadakan bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari bertempat di Apex Aura Academy, MKH Boulevard.

Program ini dianjurkan bersama oleh Pejabat Ahli Majlis Zon 19 dan Pertubuhan Perangsang Sosioekonomi India (ISMA). Tema program ialah “Warisan Benang, Kemahiran Moden” yang bertujuan memperkenalkan seni sulaman ari sebagai satu kemahiran tradisional yang boleh dipelajari secara moden dan kreatif.

Kelas ini dijalankan dalam bentuk bengkel hands-on dan mesra pemula (beginners friendly), memberi peluang kepada para peserta untuk mempelajari teknik asas sulaman ari secara praktikal. Program ini terhad kepada 25 orang peserta sahaja.

Selain memberi pendedahan kepada seni sulaman, program ini turut membuka peluang pekerjaan khususnya kepada wanita golongan B40 melalui kerjasama bersama Agensi Pekerjaan WSL Sdn Bhd.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif dalam memperkasa wanita melalui kemahiran sulaman serta memberi inspirasi untuk menjadikan kemahiran tersebut sebagai sumber pendapatan tambahan. Program ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memberi manfaat kepada lebih ramai wanita dalam komuniti setempat.

checked by admin jkm

Lagi Aktiviti Dari Zon Anda

xzxb

xzxb

Majlis Berbuka Puasa Taman Desa Raya

Majlis Berbuka Puasa Taman Desa Raya

Program Pengedaran Limau

Program Pengedaran Limau

Aktiviti Dari Semua Zon

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA ZON 9

SAMBUTAN TAHUN BARU CINA ZON 9

gsdfgd

SEMARAK RAYA 2026 TAMAN SRI INTAN

gsdfgd

SEMARAK RAYA 2026 TAMAN SRI INTAN

B

Program Her Biz Online – Program Usahawanita Digital MPP Zon 24 – 01/11/2025

B

Program Her Biz Online – Program Usahawanita Digital MPP Zon 24 – 01/11/2025