MAJLIS PERWAKILAN
PENDUDUK MPKj

Majlis Perbandaran Kajang

PROGRAM SANTUNI ASNAF & EDARAN JUADAH RAYA KEPADA FAKIR MISKIN

Syawal dirai nikmat bersama, namun KEADILAN Cabang Bangi tidak pernah melupakan insan yang kurang bernasib baik, fakir miskin dan golongan asnaf.

Ziarah raya bukan sekadar turun menyampaikan sumbangan, tetapi mengajar kita erti bersyukur dalam kehidupan serta mengajar kita erti kasih sayang yang dapat dipupuk sesama manusia.

Dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan & Keselamatan Kampung Sungai Sekamat serta Batu 13, jangan lupa temujanji kita esok.

Tidak lupa juga, di akhir program Ketua Cabang KEADILAN Bangi akan menyampaikan sumbangan 40 batang lemang dan rendang percuma kepada anggota-anggota KEADILAN Bangi yang kita sayangi.

Selepas menyampaikan sumbangan bakul makanan dan juadah raya , 𝗣𝘂𝗮𝗻 𝗟𝗶𝗺 𝗞𝗶𝗺 𝗘𝗻𝗴 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗖𝗮𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗞𝗘𝗔𝗗𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗕𝗮𝗻𝗴𝗶 bersama 𝗧𝗼𝗸 𝗦𝗵𝗮𝗵𝗿𝘂𝗹 𝗔𝘇𝘂𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗞𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻𝗴 𝗕𝗮𝘁𝘂 𝟭𝟯, 𝗞𝗮𝗷𝗮𝗻𝗴 berpeluang menyampaikan juadah raya dan sumbangan bakul makanan kepada fakir miskin & asnaf di kampung sana.

Walaupun rata rata penerima sumbangan tidak dapat hadir atas masalah keuzuran dan sakit, tanggungjawab sumbangan diserahkan kepada Ketua Kampung untuk disampaikan ke rumah barisan penerima sumbangan selepas selesai program di balairaya.

Terima kasih Kampung Batu 13, semoga sentiasa cemerlang di masa akan datang.

#PeneranganBangi

#SumbanganLemang

#KEADILANCabangBangi

#PeneranganBangi

#ZiarahRaya

 

 

 

 

Lagi Berita Dari Zon Anda

xzxb

xzxb

KELAS DEMO SULAMAN ARI (ARI DESIGN DEMO CLASS)

KELAS DEMO SULAMAN ARI (ARI DESIGN DEMO CLASS)

Majlis Berbuka Puasa Taman Desa Raya

Majlis Berbuka Puasa Taman Desa Raya

Berita Dari Semua Zon

Sekolah Hijau Tahun 2026

ANUGERAH SEKOLAH HIJAU MAJLIS PERBANDARAN KAJANG TAHUN 2026

Sekolah Hijau Tahun 2026

ANUGERAH SEKOLAH HIJAU MAJLIS PERBANDARAN KAJANG TAHUN 2026

Anugerah Sekolah Hijau Majlis Perbandaran Kajang Tahun 2026

Anugerah Sekolah Hijau Majlis Perbandaran Kajang Tahun 2026

PROGRAM E-SPORT MOBILE LEGEND BERSAMA ANAK MUDA HULU LANGAT

PROGRAM E-SPORT MOBILE LEGEND BERSAMA ANAK MUDA HULU LANGAT